Tuesday 5 January 2016

Borong Buku di Bistro Pustaka


Bagi peminat buku, pastinya buku terpakai turut menjadi pilihan bagi yang ingin memperolehnya dengan harga yang murah. Antara tempat yang saya cadangkan untuk mendapatkan buku terpakai adalah di Bistro Pustaka, Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai. 

Kedainya agak tersorok, berdekatan dengan sebuah surau (saya tak perasan namanya). Namun, apabila masuk ke dalamnya, agak terpana dengan koleksi buku yang menimbun.

Kebetulan hari saya ke sana, buku-buku terpakai dan baru (mungkin stok lama) daripada Penerbit UKM baru sahaja sampai. Masih 'panas'. Hampir 30 minit saya meneliti satu persatu rak buku di situ. 

Ada bahagian komputer, agama, falsafah, sastera, sejarah, novel selain majalah-majalah. Konsep Bistro Pustaka ini agak menarik. Asalnya ada meja dan kerusi berhadapan dengan rak buku untuk pengunjung bersantai, minum-minum sambil membaca. Cuma ia terpaksa dialihkan seketika bagi memberi ruang untuk stok buku baru sampai. 

Antara yang menarik juga adalah program Blind Date With A Book. Programnya mudah, anda hanya perlu taipkan "join" di ruangan komen di page Facebook Bistro Pustaka apabila ada post tentang program ini. Mereka yang memberi komen akan mendapat sebuah buku secara percuma dengan syarat dia perlu datang sendiri ke Bistro Pustaka untuk mendapatkan buku tersebut. Buku diberi berdasarkan 'soal-selidik' Bistro Pustaka terhadap Facebook anda. Ianya dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad.


Setelah puas membelek buku-buku, saya memilih 6 buah buku (walaupun jika diikutkan nafsu, banyak lagi hendak dibeli!)  dengan harga yang sangat murah; cuma RM130.


Ini buku nadir. Sangat susah nak dibeli di Malaysia.
Harga buku baru hampir RM300. Saya beli yang terpakai dengan hanya RM70





Bagi yang berminat ke sana, saya berikan alamatnya:

BISTRO PUSTAKA
JALAN CEMPAKA 24, DESA CEMPAKA 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
https://www.facebook.com/kafepustaka/

No comments:

Post a Comment