Sunday 31 December 2017

Menjawab Ateis | Isu Kewujudan Tuhan & Islam Yang Susah


I was raised as a Muslim. I grew up and started to learn everything. I was a daie (Islamic preacher). I became an agnostic when I was twelve and then became a Muslim back when I was 13 to 14 years old as I learned a lot from Dr. Zakir naik at that time. I started to believe in him and then I watched another video titled "An Atheist make Dr. Zakir Naik storm" and I started to question "Why does God needs proof for His existence?" I started to study Quran thoroughly for 5 years. They said you have to understand it properly so that you can't misunderstood it. I was like "Whattt? It must be easy to understand right?". As an atheist, I should be sentenced to death right now if this is a real Muslim country (with sharia laws fully implemented). Klik https://goo.gl/9BeUh6

Buku Terbaru Saya "59 Mutiara Nabawi"


Monday 21 August 2017

Moderat Dalam Agama

 
You said that you are a practising Sikh, but you drink alcohol. 
Kata saya kepada Mr. S. Setelah meneliti laporannya yang panjang lebar, itu yang saya lontarkan. Beliau berhasrat untuk keluar Islam dengan alasan tidak pernah mengamalkan Islam dan sudah lama mengamalkan ajaran Sikh. 

Saya menyambung lagi, 
Even Guru Grant Sahib forbids the Sikhs from drinking alcohol. The Guru says:
"Drinking wine, his intelligence departs, and madness enters his mind; He cannot distinguish between his own and others, He is struck down by his Lord and Master" Lihat pautan.
Beliau terkesima dan tersipu-sipu malu. "Ujarnya, I'm a moderate Sikh. That's why I don't wear turban."  Saya tersengih.

Monday 24 July 2017

Catatan Ringkas Buat Puan Asiah Abd Jalil



Ulasan berdasarkan status Facebook Asiah Abd Jalil

Solat di Sisi Para Nabi Terdahulu

Antara bukti ibadah solat wujud sejak zaman para Nabi terdahulu adalah:

• Nabi Yunus (Surah al-Saffat: 143-144) 
• Nabi Ibrahim (Surah Ibrahim: 37, 40)
• Nabi Ismail (Surah Maryam: 54-55)
• Nabi Ishaq (Surah al-Anbiya’: 72)
• Nabi Syu’aib (Surah Hud: 87)
• Nabi Musa (Surah Taha: 13-14; Surah Yunus: 87)
• Nabi Daud (Surah Sad: 24)
• Nabi Sulaiman (Surah Sad: 30-33)

Maka, dapat kita simpulkan bahawa ibadah solat itu wujud walaupun tatacaranya mungkin berbeza mengikut zaman sebelum ditetapkan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Nota 3: Wasatiyyah Dalam Aqidah



Memahami aqidah bukan hanya seputar Ketuhanan, Kenabian dan Perkara Ghaib. Aqidah adalah kehidupan. Inilah yang gagal difahami oleh segelintir golongan agamawan dan orang awam yang larut dalam pergaduhan yang membawa kepada perpecahan dan pengkafiran. Sewajarnya mereka yang faham aqidah itu sifatnya mendamaikan, bukan memecahkan. Tidak ada dalam sejarah dakwah Nabi SAW, pemahamanaqidah disampaikan dengan natijahnya adalah perpecahan.

Bacalah "Al Tawhid: Its Implication for Thought and Life oleh Prof. Dr. Isma'il Raji al-Faruqi". Muattturun di sini [http://www.muslim-library.com/dl/books/English_Al_Tawhid_Its_Implication_for_Thought_and_Life.pdf]

Buku "Al-Iman wa al-Hayah" tulisan Sh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah buku terawal yang banyak membentuk pemikiran saya dalam memahamiaqidah dalam konteks yang lebih luas dan mendamaikan. Muatturun di [http://elibrary.mediu.edu.my/books/MAL01805.pdf]

Nota 2: Wasatiyyah Dalam Aqidah



Pendekatan kalam boleh diaplikasikan sekiranya ada isu-isu melibatkan kekeliruan/serangkan akliah. Misalnya, dulu Siti Kasim pernah bangkitkan isu tuhan Getaran. Dia menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh 'sesuatu'. Jika aura tenaga positif yang baik, beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan. Begitu juga sebaliknya.

Isu ini telah lama dihuraikan oleh ulama' Asya'irah di dalam perbahasan dawr (circular reasoning) dan tasalsul (infinite circle).

Contohnya, A adalah sebab bagi B dan B sebagai sebab bagi A. Begitu juga A sebab bagi B, B sebab bagi C, C sebab bagi D dan D sebab bagi A.

Secara logik, jika A menjadi sebab bagi B, maka B tidak akan pernah menjadi sebab bagi A. Sebagai contoh, jika Najib makan, maka perutnya kenyang. “Kenyang” merupakan akibat dari “makan”. Tidak logik sama sekali "kenyang" itu penyebab Najib makan kerana penyebab makan adalah lapar. Sebab dan akibat tidak pernah berputar, tetapi berlanjutan. A sebab dari B, B sebab dari C, C sebab dari D. Allah suci daripada hal ini.

Dalam masa yang sama, jika difahami Tuhan itu dari bentuk tasalsul, adalah jauh dari logik akal. Tuhan A mencipta Tuhan B, Tuhan B mencipta Tuhan C...sehinggalah tidak ada penamatnya.

Jelas dengan logik mudah ini, teori dawr dan tasalsul yang diimani kelompok atheis dan Muslim yang terkeliru ini, adalah tidak tepat. Di sinilah gunanya pemahaman sifat Qidam dalam pengajian Sifat 20.

Sifat Qidam ialah ketiadaan permulaan bagi keberadaan atau wujud Allah, sebab Allah adalah sumber semua makhluk, Pencipta makhluk, dan pencipta itu mesti lebih dahulu daripada yang dicipta. Dia sedia adanya tanpa sesuatu yang mengadakan-Nya. Allah SWT. berfirman :

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Hadid: 3)

Memetik kata Imam al-Sanusi dalam Umm al-Barahin,

"Dalil yang menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada permulaannya ialah sekiranya Allah SWT baru diciptakan, maka pastilah ia berhajat kepada pencipta-Nya. Perkara ini akan membawa kepada masalah dawr atau tasalsul. Kedua-dua perkara ini mustahil pada akal fikiran manusia."

Nota 1: Wasatiyyah Dalam Aqidah



Allāh tidak perlu dipergaduhkan terlebih dahulu untuk dikenali. Kunci utamanya, laysa kamithlihi shay' (tidak ada sesuatu yang seumpama-Nya). Terlalu banyak kerugian jika Allāh sebagai ma'būd itu diperdebatkan dahulu sifat-Nya, wujud-Nya dalam keadaan terlalu ramai lagi tidak mengenali-Nya dan merasai keberadaan-Nya.

Sunday 12 February 2017

Pengajian Kitab Al-Kharidah al-Bahiyyah 28122016


Malam semalam mengikuti kelas pengajian kitab al-Kharidah al-Bahiyyah tulisan Imam Ahmad al-Dardir bersama Shaykh Muhammad 'Awadh al-Manqoush di Darul Hasani, Sungai Ramal. Lebih 3 jam syarahan yang padat dengan perbahasan hadis Abu Musa al-Ash'ari, sejarah, prinsip dan perkembangan mazhab Asha'irah serta biografi ringkas Imam Ahmad al-Dardir. Shaykh ijazahkan sanadnya yang beliau peroleh daripada Shaykh Dr. Ali Jum'ah daripada gurunya Shaykh Sayyid Muhammad Siddiq al-Ghumari yang mempelajarinya dengan para ulama' hingga sampai kepada penulisnya.

Thursday 5 January 2017

Dunia Pada Pandangan Akhirat


Daripada Sahl dia berkata: “Saya mendengar Nabi SAW bersabda:
"‏مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَلَغَدْوَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ رَوْحَةٌ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا‏"
"Ruang yang kecil di syurga itu lebih baik dari dunia dan seisinya. Sungguh, berpagi-pagi atau petang hari di jalan Allah itu lebih baik daripada dunia seisinya."
(Riwayat al-Bukhari, no. 6415)