Sunday 31 January 2016

Penang Escape [Hari Pertama]


Bismillahirrahmanirrahim.

19 JANUARI 2016

Perjalanan bermula jam 11.30 pagi dari Alor Setar dan tiba di Georgetown sekitar jam 1 petang. Sampai di sana, saya dan isteri terus mencari Restoran Tajuddin Hussain yang merupakan antara restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang. Terbiasa dengan pengurusan masa sejak zaman universiti, saya telah susun tentatif 3 hari 2 malam kami di Pulau Pinang. Bagi saya, itu lebih baik masa tidak terbuang dan perancangan perbelanjaan menjadi terkawal.

"Dah macam ikut program MPP!", kata isteri saya. Hehe.

Kawasan parkir di situ agak susah untuk didapati. Saya hanya bernasib baik 'disediakan' parkir berbayar RM2 (secara haram ni) oleh seorang lelaki India, selepas lebih 4 kali pusing. Tak kisahlah, janji dapat parking.

Masuk ke kedai, terkejut. Ramainya orang beratur. Pelayan cepat memanggil kami ke meja dan terus mengambil pesanana. Tak tahu nak makan apa? Jangan risau, pelayan akan cadangkan menu-menu yang menjadi pilihan ramai.

Inilah nasi kandar Tajudin Hussain!
Kami ambil nasi putih 2 pinggan + Ayam Ros + Kari Sotong + Sayur bayam + Kari Ikan + Teh Tarik + Teh Ais. Harganya cuma RM20.50 tidak termasuk GST. Agak berbaloi dan sangat puas hati. 

Bila perut kenyang, hati pun senang. Kami singgah solat jama' qasar di Masjid Kapitan Keling. Seperti biasa, saya suka baca sejarah sesuatu tempat yang biasa disediakan oleh Tourism Malaysia. Cuma, isteri saya tak tahan berdiri menunggu saya habis baca jadi, terpaksa speed reading.



Selesai solat, dengan berpandukan GPS, kami mencari Malabar Inn di Lebuh Cintra yang telah ditempah melalui internet. Rupa-rupanya jalan di sekitar Georgetown tidaklah terlalu sukar cuma agak mengelirukan bagi kami yang pertama kali ke sana.


Disebabkan semasa tempahan tempohari hanya tinggal  standard double room with shower, maka saya tak fikir panjang untuk menempah. Carian saya di penginapan lain di Georgetown, kebanyakannya tidak menyediakan bilik mandi + bilik air di dalam bilik. Bermakna, perlu berkongsi dengan orang lain. Jadi, saya fikir agak kurang selesa begitu. Alhamdulillah, bilik yang disediakan amat selesa. Taukenya pun sangat ramah dan bersedia menjawab apa sahaja soalan berkaitan tempat menarik di sini.

Setelah check-in dan merehatkan badan, kami bertolak menuju ke Penang 3D Trick Art Museum. Satu jam di sana, ambil gambar dengan macam-macam gaya. Di bawah ini beberapa keping saya lampirkan.



Kami memang tidak bercadang untuk berjalan mencari street art yang cukup banyak di sekitar Georgetown kerana isteri saya sedang hamil 5 bulan ketika itu. Agak meletihkan baginya. Jadi, kami hanya singgah mengambil gambar-gambar street art sekiranya terserempak di tepi jalan ketika menaiki kereta.




Malam itu, kami ke Pasar Malam Batu Feringgi. Hajatnya nak mencari Mady Koey Teow Kerang. Namun, oleh kerana tersalah jalan, kedai yang dicari tak jumpa-jumpa. Berpada dengan makan roti coklat je malam tu. Sedih. Alang-alang sampai Pasar Malam Batu Feringgi, isteri saya beli beberapa cenderamata untuk rakan-rakan sepejabatnya. Memang panjang pasar malam ni. Lenguh kaki jalan. Barang jualan pun pelbagai. Kalau pandai tawar menawar, memang boleh dapat murah.



1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.



    ReplyDelete