Monday 24 July 2017

Catatan Ringkas Buat Puan Asiah Abd Jalil



Ulasan berdasarkan status Facebook Asiah Abd Jalil

Solat di Sisi Para Nabi Terdahulu

Antara bukti ibadah solat wujud sejak zaman para Nabi terdahulu adalah:

• Nabi Yunus (Surah al-Saffat: 143-144) 
• Nabi Ibrahim (Surah Ibrahim: 37, 40)
• Nabi Ismail (Surah Maryam: 54-55)
• Nabi Ishaq (Surah al-Anbiya’: 72)
• Nabi Syu’aib (Surah Hud: 87)
• Nabi Musa (Surah Taha: 13-14; Surah Yunus: 87)
• Nabi Daud (Surah Sad: 24)
• Nabi Sulaiman (Surah Sad: 30-33)

Maka, dapat kita simpulkan bahawa ibadah solat itu wujud walaupun tatacaranya mungkin berbeza mengikut zaman sebelum ditetapkan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Nota 3: Wasatiyyah Dalam Aqidah



Memahami aqidah bukan hanya seputar Ketuhanan, Kenabian dan Perkara Ghaib. Aqidah adalah kehidupan. Inilah yang gagal difahami oleh segelintir golongan agamawan dan orang awam yang larut dalam pergaduhan yang membawa kepada perpecahan dan pengkafiran. Sewajarnya mereka yang faham aqidah itu sifatnya mendamaikan, bukan memecahkan. Tidak ada dalam sejarah dakwah Nabi SAW, pemahamanaqidah disampaikan dengan natijahnya adalah perpecahan.

Bacalah "Al Tawhid: Its Implication for Thought and Life oleh Prof. Dr. Isma'il Raji al-Faruqi". Muattturun di sini [http://www.muslim-library.com/dl/books/English_Al_Tawhid_Its_Implication_for_Thought_and_Life.pdf]

Buku "Al-Iman wa al-Hayah" tulisan Sh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah buku terawal yang banyak membentuk pemikiran saya dalam memahamiaqidah dalam konteks yang lebih luas dan mendamaikan. Muatturun di [http://elibrary.mediu.edu.my/books/MAL01805.pdf]

Nota 2: Wasatiyyah Dalam Aqidah



Pendekatan kalam boleh diaplikasikan sekiranya ada isu-isu melibatkan kekeliruan/serangkan akliah. Misalnya, dulu Siti Kasim pernah bangkitkan isu tuhan Getaran. Dia menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh 'sesuatu'. Jika aura tenaga positif yang baik, beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan. Begitu juga sebaliknya.

Isu ini telah lama dihuraikan oleh ulama' Asya'irah di dalam perbahasan dawr (circular reasoning) dan tasalsul (infinite circle).

Contohnya, A adalah sebab bagi B dan B sebagai sebab bagi A. Begitu juga A sebab bagi B, B sebab bagi C, C sebab bagi D dan D sebab bagi A.

Secara logik, jika A menjadi sebab bagi B, maka B tidak akan pernah menjadi sebab bagi A. Sebagai contoh, jika Najib makan, maka perutnya kenyang. “Kenyang” merupakan akibat dari “makan”. Tidak logik sama sekali "kenyang" itu penyebab Najib makan kerana penyebab makan adalah lapar. Sebab dan akibat tidak pernah berputar, tetapi berlanjutan. A sebab dari B, B sebab dari C, C sebab dari D. Allah suci daripada hal ini.

Dalam masa yang sama, jika difahami Tuhan itu dari bentuk tasalsul, adalah jauh dari logik akal. Tuhan A mencipta Tuhan B, Tuhan B mencipta Tuhan C...sehinggalah tidak ada penamatnya.

Jelas dengan logik mudah ini, teori dawr dan tasalsul yang diimani kelompok atheis dan Muslim yang terkeliru ini, adalah tidak tepat. Di sinilah gunanya pemahaman sifat Qidam dalam pengajian Sifat 20.

Sifat Qidam ialah ketiadaan permulaan bagi keberadaan atau wujud Allah, sebab Allah adalah sumber semua makhluk, Pencipta makhluk, dan pencipta itu mesti lebih dahulu daripada yang dicipta. Dia sedia adanya tanpa sesuatu yang mengadakan-Nya. Allah SWT. berfirman :

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Hadid: 3)

Memetik kata Imam al-Sanusi dalam Umm al-Barahin,

"Dalil yang menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada permulaannya ialah sekiranya Allah SWT baru diciptakan, maka pastilah ia berhajat kepada pencipta-Nya. Perkara ini akan membawa kepada masalah dawr atau tasalsul. Kedua-dua perkara ini mustahil pada akal fikiran manusia."

Nota 1: Wasatiyyah Dalam Aqidah



Allāh tidak perlu dipergaduhkan terlebih dahulu untuk dikenali. Kunci utamanya, laysa kamithlihi shay' (tidak ada sesuatu yang seumpama-Nya). Terlalu banyak kerugian jika Allāh sebagai ma'būd itu diperdebatkan dahulu sifat-Nya, wujud-Nya dalam keadaan terlalu ramai lagi tidak mengenali-Nya dan merasai keberadaan-Nya.