Sunday 31 January 2016

Penang Escape [Hari Ke-3]


21 JANUARI 2016
Hari terakhir kami di Pulau Pinang. Sengaja nak mencuba sarapan terkenal di Transfer Road, Roti Bakar Telur Gegar (RBTG). Isteri pula makan roti canai dan kari daging. Tak cukup sekeping roti canai! Untuk RBTG, teksturnya menarik dan lembut. Rotinya disapu mentega dan dibakar. Telur separuh masak dipecahkan di atas roti. Kalau nak lebih rasa, boleh tambah lada. Untuk roti canai, kuahnya memang A. Cukup rasa. Rotinya pula lembut dan garing. Servisnya memang puas hati dan cepat. Pelayannya pun mesra pelanggan. 



Selepas itu, kami ke Pasar Pagi Stadium Negeri di Lorong Kulit. Banyak wang kertas, syiling lama, perabot, barang dapur, dan pelbagai lagi barangan antik dijual di sini. Bolehlah mencuci mata dan membeli kalau ada yang berkenan di hati. Selain itu, ada juga dijual buah-buahan dan minyak urut. Isteri saya sempat beli minyak buah pala dan minyak panas.



Cadangnya pagi itu mahu ke Bukit Bendera tapi memandangkan isteri saya pernah ke sana dan katanya di sana hanya sekadar melihat pemandangan sekitar, maka saya batalkan hasrat untuk ke sana. Jimat masa dan wang. Hehe. Mungkin pergi lain kali dengan anak-anak.

Kesimpulannya, trip kali ini adalah trip yang sangat menarik kerana kami pergi ketika bukan musim cuti sekolah. Jadi, keadaan di sana tidak terlalu sesak. Makanan semuanya baik. Penginapan pun baik. Percutian ringkas yang menyenangkan bagi menghilangkan tekanan satu semester belajar dan cuma 2 minggu sekali balik berjumpa isteri. Bagi isteri pula, ini babymoon terakhir sebelum deliver sekitar penghujung Mei ini. Belanja keseluruhan juga sangat menjimatkan, kecuali ketika membeli buku. Hehe...Bocor bajet saya untuk beli buku selama 2 bulan! 


No comments:

Post a Comment