Sunday 31 January 2016

Penang Escape [Hari Ke-2]

20 JANUARI 2016

Sarapan hari kedua. Sihat, ringkas, jimat dan mengenyangkan.
Roti Butterscotch dan air susu kambing.
Selesai sarapan, kami menuju ke Pasar Chowrasta. Isteri ke sana tujuannya nak membeli jeruk untuk kawan-kawan dia. Saya pula nak kedai buku terpakai di situ. Percaya atau tidak, saya membelanjakan RM345 untuk membeli buku-buku sejarah, agama, perbandingan agama dan falsafah di sana. Hehe. Rambang mata jadinya.


Beli jeruk buatan Muslim. Lebih selamat dan terjamin kebersihan
dan halalnya.  Di Pasar Chowrasta, kebanyakannya adalah jeruk buatan
bukan Islam.
Dia tengah asyik pilih buku resepi masakan
Ini baru satu kedai buku. Fuhhh!
Cakap sahaja genre buku yang dicari, tuan kedai akan tolong carikan. Biasanya pelajar-pelajar universiti akan ke sini mencari buku-buku rujukan terpakai. Harganya boleh dirunding.

Setelah berpuas hati dengan beberapa plastik jeruk dan buku yang menimbun, kami mencari kedai makan untuk makan tengahari. Kami singgah di Restoran Sup Hameed. Cadangnya nak makan sup kambing cicah roti di situ tetapi kami datang terlalu awal. Sup mula dijual sekitar jam 3 petang. Disebabkan dah lapar sangat, makan dulu nasi kandar situ. Boleh tahan cuma di Tajuddin Hussain lebih 'ummphhh'.

Walaupun agak kurang biasa dengan nasi kandar (biasanya makan budu dengan singgang je!), habis licin sepinggan isteri saya makan. Lapar sangat katanya. Walaupun sudah kekenyangan, kena rasa juga sup kambing di situ. Jadi, kami kembali semula jam 4.30 petang dan bungkus sup kambing untuk makan di hotel. Isteri saya mengidam Laksa Penang jadi kami singgah ke gerai di tepi Pasar Chowrasta. Di situ antara Laksa Penang yang sedap. Dua-dua menu sedap. 5 bintang!

Inilah sup kambing dengan laksa Penangnya. Memang kaw!
Lepas berehat seketika, kami ke Upside Down Museum. Dapat harga pelajar sebab saya masih pelajar Master dan isteri...bekas pelajar. Hehe. Dia mencuba nasib tunjukkan kad matrik USIM dan tak sangka boleh dapat harga pelajar. Murah berkali ganda dengan harga biasa.



Hari kedua adalah hari makan, makan dan makan. Setelah solat jama' qasar di hotel, kami menuju ke Padang Kota Lama. Bukan nak tengok peninggalan sejarah sangat, tapi nak makan. Hehe. Apa nak dibuat, cuma suami peminat sejarah. Cik puan kurang minat. Jadi, ikut saja. Di sana yang terkenal adalah Mee Sotong dan coconut shake. Boleh cari kedai Hameed Pata Mee Sotong di sana.

Memang sedap dan menyelerakan
Malam itu kami ke Gelugor, rumah Pak Su saya, Dr. Fadhlullah Jamil. Sekadar menziarahi beliau sekeluarga, menghadiahkan buku terbaru saya dan berbual berkenaan buku-buku terbaru beliau yang sedang ditulis.

Penang Escape Day 1
Penang Escape Day 3

No comments:

Post a Comment