Wednesday 21 September 2016

Abu al-Hasan al-Nadwi: Meluruskan Salahfaham Sufisme



Buku ini saya gemar bawa ke mana-mana kerana ianya ringan dan handy. Tidak saya selesaikan dalam masa yang singkat kerana mesej-mesej yang dibawa oleh al-Nadwi sangat mengasyikkan untuk dihadam dengan perlahan-lahan. Rabbaniyyah la Rahbaniyyah merupakan satu buku yang sangat wajar dijadikan rujukan pemula bagi memahami konflik asas dalam dunia kesufian; mengangkat Tuhan sebagai Tuhan atau menTuhankan manusia.

Buku setebal 151 mukasurat ini membawakan beberapa perkara besar bermula dengan polemik istilah "tasawwuf" yang menjadi pertelingkahan umat Islam pada masa itu yang menunjukkan betapa masyarakat hanya melihat kulit dan jauh sekali memahami isinya. Kerana itulah, al-Nadwi mencadangkan agar dinamakan sahaja dengan tazkiyah, ihsan atau fiqh al-batin kerana tujuannya yang terutama adalah memahami falsafah dan peranan penyucian hati dalam Islam.

Saturday 10 September 2016

Menjawab Salah Faham Siti Kasim Berkenaan Hukuman Potong Tangan Di Dalam Al-Qur’ān



وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: “Dua orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Ayat di dalam Surah al-Mā’idah (5: 38) ini memberikan satu penjelasan akan hukuman bagi pencuri lelaki dan perempuan iaitu dipotong kedua tangannya (faqṭaʿū aydiyahumā). Fokus utama artikel ini adalah untuk menghuraikan pemahaman sebenar bagi perkataan iqṭaʿū yang telah difahami dengan kaedah yang ganjil oleh saudari Siti Kasim. 

Sunday 4 September 2016

Jibril Turun Ke Bumi Selepas Kewafatan Nabi



Umum mengetahui bahawa tugas Jibril adalah turun ke bumi bagi menyampaikan wahyu kepada para Nabi. Adakah Jibril akan turun ke bumi lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW?