Saturday 21 November 2015

Special Seminar on "A Jewish Rabbi's Reversion to Islām"


Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Pada hari Khamis, 19 November 2015, saya sempat menghadiri satu seminar anjuran Department of Usul al-Din & Comparative Religion, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, IIUM. Seminar berkenaan dibuat dalam skala yang kecil di al-Shāfi'i Conference Room, KIRK.

Ketika saya masuk ke dalam bilik persidangan berkenaan (saya lewat 45 minit), panel yang dijemput sedangkan menceritakan pengalaman awalnya sebelum memeluk Islām. Panel yang dijemput ialah Avi Ibrahim Balser, seorang profesor di Kollel Torah V'Yirah Rabbinical Institute yang juga bekas Rabbi Yahudi. 

Kisah pengIslaman beliau bermula apabila beliau sedang menderita penyakit kanser dan dirawat di sebuah hospital. Dua orang doktor Muslim seringkali membantunya menguruskan diri. Beliau kehairanan dan bertanya, "Kenapa kamu Muslim membantu saya, seorang Yahudi?" Jawab salah seorang doktor tersebut, "Yahudi juga saudara kami.".

Sejak hari itu, beliau terfikir untuk mengkaji lebih mendalam tentang Islām, berdialog dengan Rabbi lain berkenaan kalimah syahadah dan akhirnya mengambil keputusan untuk 'cuba' bersolat di masjid beberapa ketika. Tidak sukar untuknya solat kerana beberapa bacaan Bahasa Arab dalam solat, agak mirip dengan Bahasa Ibrani (Hebrew). Akhirnya, beliau memutuskan untuk memeluk Islam.

Dalam seminar itu, beliau juga ada menghuraikan beberapa salahfaham masyarakat terhadap orang Yahudi. Antaranya, berkenaan prinsip The Chosen People yang sebenarnya tidak wujud dalam ajaran agama Yahudi. Soalan-soalan daripada para pensyarah dan pelajar kepada beliau lebih berkisar soal konsep Anthropomorphism pada G-d / Ha-Shem (יהוה), konsep makanan Kosher dan perihal undang-undang dalam agama Yahudi. Selain itu, beliau juga ada menyebutkan beberapa ritual dalam agama Yahudi berkenaan hari Sabbath dan konsep solat.


Saya bertanya kepada beliau selepas sesi seminar. Soalan saya pula berkenaan pemakaian tallit; adakah ia sekadar budaya atau satu kewajipan? Jawab beliau, ia ada kaitan dengan arahan pemakaian tzitzit  dalam Torah.

לחדַּבֵּר אֶל בְּנֵי יִשְׂרָאֵל וְאָמַרְתָּ אֲלֵהֶם וְעָשׂוּ לָהֶם צִיצִת עַל כַּנְפֵי בִגְדֵיהֶם לְדֹרֹתָם וְנָתְנוּ עַל צִיצִת הַכָּנָף פְּתִיל תְּכֵלֶת:
Speak to the children of Israel and you shall say to them that they shall make for themselves fringes on the corners of their garments, throughout their generations, and they shall affix a thread of sky blue [wool] on the fringe of each corner. [Numbers 15:38]


Secara keseluruhannya, ia seminar yang sangat baik untuk pengenalan kepada agama Yahudi. Semoga seminar sebegini dapat diteruskan lagi dengan pengisian yang memberi manfaat kepada warga IIUM.

Bayt al-Ḥarakah, Desa Kasia, Nilai
2.01 AM
21 November 2015
_______________________________
p/s: beberapa maklumat tambahan untuk anda


No comments:

Post a Comment