Friday 20 November 2015

Adakah Dikira Syahid Jika Meninggal Kerana Sakit Perut?




Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Tadi petang isteri saya Whatsapp.

"Abang. Klau org skt berkaitan perut mcm skt usus ke apa.kalau meninggal syahid ke? Ada orang tny."
Jawapan 

Ya. Dikira mati syahid. Rasulullah SAW bersabda,

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal karena penyakit taun, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” [Riwayat al-Bukhārī (2829)]

Sabda Rasulullah SAW,

المَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَالمَطْعُونُ شَهِيدٌ
Orang yang (meninggal kerana) sakit perut adalah syahid, orang yang (meninggal kerana) sakit perut adalah syahid.” [Riwayat al-Bukhārī (5733)]

Sabda Rasulullah SAW,

ﻣَﺎ ﺗَﻌُﺪُّﻭْﻥَ ﺍﻟﺸَّﻬِﻴْﺪَ ﻓِﻴْﻜُﻢْ؟ ﻗَﺎﻟُﻮْﺍ: ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮْﻝَ‏‎ ‎ﺍﻟﻠﻪِ، ﻣَﻦْ ﻗُﺘِﻞَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﺷَﻬِﻴْﺪٌ.‏‎ ‎ﻗَﺎﻝَ: ﺇِﻥَّ ﺷُﻬَﺪَﺍﺀَ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﺇِﺫًﺍ ﻟَﻘَﻠِﻴْﻞٌ. ﻗَﺎﻟُﻮْﺍ:‏‎ ‎ﻓَﻤَﻦْ ﻫُﻢْ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ؟ ﻗَﺎﻝَ: ﻣَﻦْ ﻗُﺘِﻞَ‏‎ ‎ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﺷَﻬِﻴْﺪٌ, ﻭَﻣَﻦْ ﻣَﺎﺕَ ﻓِﻲ‎ ‎ﺳَﺒِﻴْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﺷَﻬِﻴْﺪٌ، ﻭَﻣَﻦْ ﻣَﺎﺕَ ﻓﻲِ‏‎ ‎ﺍﻟﻄَّﺎﻋُﻮْﻥَ ﻓَﻬُﻮَ ﺷَﻬِﻴْﺪٌ، ﻭَﻣَﻦْ ﻣَﺎﺕَ ﻓِﻲ‎ ‎ﺍﻟْﺒَﻄْﻦِ ﻓَﻬُﻮَ ﺷَﻬِﻴْﺪٌ، ﻭَﺍﻟْﻐَﺮِﻳْﻖُ ﺷَﻬِﻴْﺪٌ
“Siapa yang dikira syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Baginda membalas, “Kalau begitu, syuhada' dari kalangan umatku hanya sedikit.' 'Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?', tanya para sahabat. Baginda menjawab, 'Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit tau'n maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” [Riwayat Muslim (1915)]

Sabda Nabi SAW,

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدَةٌ
"Syuhada ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah; yang mati kerana wabak ta'un adalah mati syahid, yang tenggelam adalah mati syahid, yang mati kerana terbakar adalah mati syahid, yang sakit perut adalah mati syahid, yang mati terbakar adalah mati syahid, yang mati terkena runtuhan adalah mati syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan (atau sedang hamil) adalah dikira syahid." [Riwayat Aḥmad (23753), Abū Dāwūd (3111) and al-Nasā’ī (1846)]

Maksud al-Mabṭūn (الْمَبْطُونُ)
  1. Imām al-Nawawī menyatakan ia adalah cirit birit. Al-Qāḍī menyatakan bahawa ia adalah orang yang mengalami busung dan bengkak di bahagian abdomen. Dikatakan  ia adalah orang yang mengalami masalah perut meragam. Dikatakan, ia adalah orang yang mati kerana penyakit perut secara umumnya . [Rujuk Al-Minhāj, 13/62-63]
  2. Ibn Baṭṭāl menyatakan bahawa ia adalah cirit birit. [Rujuk Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, 5/43]
  3. Al-Qārī menyatakan bahawa ia adalah cirit birit atau busung atau sakit perut. [Rujuk ʿAwn al-Maʿbūd, 8/262]
  4. Ibn ʿUthaymīn menyatakan bahawa ia adalah cirit birit atau sakit dalam perut yang dipanggil sebagai apendiks kerana ia juga adalah sejenis penyakit perut yang boleh membunuh. Semua sakit perut yang boleh membawa kepada kematian terutamanya kematian segera termasuk dalam hadith Nabi SAW tersebut. [Rujuk Fatāwā Nūr ʿAla al-Darb, 6/2]
Wallāhuaʿlam.

Mahallah Zubair al-Awwam
International Islamic University Malaysia
2.49 AM
20 November 2015

No comments:

Post a Comment