Friday 20 November 2015

Bertindak Luar Kebiasaan


Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Awal tahun 2015, saya ditakdirkan 'terpaksa' mengambil kelas Bahasa Arab di The Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) kerana 'tersesat' di UIAM ketika hendak mencari "Dimanakah Cultural Acitivity Center (CAC)?"

Setiap kali tiba hari Jumaat, kejadian lucu itu berulang di minda saya.

Selepas Jumaat, saya tergesa-gesa menyarung kasut dan bergegas mencari CAC kerana Arabic Placement Test diadakan di situ. Peperiksaan yang wajib bagi bukan pelajar UIA semasa undergraduate yang ingin memasuki UIAM. Keliru dengan papan tanda, susun letak bangunan menyebabkan saya terlewat masuk ke dewan peperiksaan di CAC. 

Tercungap-cungap mencapai kertas dan terus menulis jawapan. Penat bercampur gemuruh sedikit mengganggu konsentrasi. Entah berapa ketika, "Intaha al-waqt!" Hah. Esei di belakang masih belum habis ditulis. Tawakal. Satu semester saya 'dikurung' di CELPAD. Alhamdulillah, walaupun agak terkilan tidak dapat terus masuk ke Kulliyyah, dapat juga mengulangkaji Bahasa Arab.

Selepas satu semester di CELPAD, ujian diadakan dan keputusannya saya exempted atau lulus untuk masuk Kulliyyah. 

Cari Calon Supervisor
Memandangkan saya cuma ada 3 semester berbaki, saya tidak fikir panjang untuk terus mencari calon supervisor bagi penulisan tesis saya. Walaupun agak kehilangan semangat bila melihat seorang demi seorang kawan bertukar kepada mode coursework, saya teruskan juga pengajian Master dalam mixed mode (coursework dan research). 

Kebiasaanya, pelajar akan mula mencari calon supervisor pada semester ke-3, tetapi saya cuba keluar daripada kebiasaan kerana:
  1. Saya sudah ada tajuk pilihan.
  2. Saya sudah ada bahan rujukan yang agak mencukupi
  3. Saya sudah bina asas research proposal
Apabila jumpa calon yang sesuai berdasarkan area of specialization, saya terus emel beliau dan khabarkan hasrat untuk bertemu dan berbincang. Dipendekkan cerita, alhamdulillah beliau bersetuju dan berminat dengan tajuk saya setelah saya emelkan research proposal saya kepada beliau. Oh, ya. Ketika saya bertemu beliau ini, saya masih belum menghantar borang Nomination for Supervisor kepada Department. Saya terus redah je!

Selepas beliau setuju dengan tajuk saya, research proposal saya, dan hasrat saya untuk ambil beliau sebagai supervisor, barulah saya hantar borang nomination berkenaan; Rabu baru-baru ini. Kemudian, saya maklumkan kepada beliau tentang penghantaran borang tersebut dan saya lampirkan ringkasan proposal tesis saya. Ini emel balasan beliau:


Alhamdulillah. Senang hati dapat calon supervisor yang proaktif. Secara tidak rasminya, beliau adalah supervisor saya. Cuma, perlu sedikit formaliti dengan mengadakan mesyuarat. Selesai fasa pertama penulisan tesis di semester pertama perkuliahan!

Tajuk saya? Saya akan ceritakan dalam entri akan datang insha'Allah.

Nasihat saya, selesaikan secepat mungkin dari sudut pemilihan tajuk, penyediaan bahan rujukan dan pencarian penyelia kajian ilmiah. Fokus untuk Graduate on time disamping giatkan usaha menggali ilmu. Itulah namanya bertindak luar kebiasaan.

_____________________________________
p/s: Saya akan kupas persoalan perselisihan antara Graduate on time dan kematangan ilmu pelajar dalam entri akan datang. 


Mahallah Zubair al-Awwam
International Islamic University Malaysia
11.48 AM
20 November 2015

No comments:

Post a Comment