Friday 20 November 2015

Muqaddimah

Kehidupan baru saya
Bismillāhirraḥmānirraḥīm

Kembali menulis di blog setelah lama 'bercuti'. Rasanya, seakan mahu menutup Facebook dan fokus menulis di blog. Facebook sangat melekakan. Agak membuang masa. Adakalanya rasa berserabut. Membaca status dan komen keyboar warriors. Meneliti 'fatwa' mufti-mufti Google. Masing-masing tak nak kalah sambil tangan ligat menari di papan kekunci. Memfitnah sana sini. Netizen lebih 'menyeramkan' daripada citizen! Dunia maya yang kadangkala pelik, menakutkan, lucu dan menghairankan. Pernah saya tanya kepada seorang yang kelihatan 'ganjil' di dunia Facebook dan normal di dunia. Katanya, 
"Entahlah. Saya kadang-kadang  rasa macam bukan saya yang memiliki akaun Facebook tu!"
Termenung saya fikir kata-katanya. 

Apapun, blog ini akan saya jadikan sebagai tempat perkongsian ilmu, pengalaman, cerita-cerita menarik sepanjang hidup saya. Saya namakan blog ini Ein Schüler (A Student / al-Ṭālib) kerana saya adalah seorang pelajar. Selamanya akan terus belajar!

Mahallah Zubair al-Awwam
International Islamic University Malaysia (IIUM)
12.58 AM
19 November 2015
_____________________________
p/s: Mungkin menarik untuk dibaca

No comments:

Post a Comment