Thursday 10 December 2015

Terjemahan Iḥyā’ ʿUlūm al-Dīn - Isu Pemansuhan Hukum Khalwat

Helaian daripada kitab Ihya' 'Ulum al-Din. Naskhah manuskrip daripada Anatolia Timur atau Iran, sekitar kurun ke-14.

Terjemahan
Ihyā’ ʿUlūm al-Dīn
Oleh Imām al-Ghazzālī
Pada mukasurat 382-384, jilid II

Dengan fokus kepada perbahasan berkenaan keadaan yang dikira sebagai maksiat, rukun kedua berkenaan ḥisbah dan tiga syaratnya daripada empat syarat kerana itu sahaja yang berkaitan dalam isu yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Isi penting saya warnakan dengan warna merah. Saya tegaskan bahawa


  1. Hukum tajassus adalah jelas dilarang dalam Islām sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ghazzālī.
  2. Al-Ghazzālī jelas membenarkan tindakan (tangkapan, hukuman dll) dilakukan bagi maksiat/kemungkaran yang jelas, nyata dan mempunyai dua saksi (sekiranya berseorangan) walaupun dalam tempat yang tertutup asalkan ianya tidak melalui jalan pengintipan.
  3. Contoh-contoh yang diberikan oleh al-Ghazzālī terpakai dalam apa sahaja isu yang melibatkan maksiat dan mungkar. Ini jelas dinyatakan oleh beliau.
  4. Modus operandi penguatkuasa jabatan agama perlu diubah sekiranya menyamai ciri-ciri tajassus. Pun begitu, pandangan keharusan tajassus yang dibawa oleh UZAR perlu juga diambil kira. Tetapi, ‘budaya’ membawa cameraman, rakam dan masuk dalam TV adalah sangat tidak wajar kerana telah membuka aib orang Muslim dan ia jelas dilarang dalam hadīth.
  5. Dalam situasi isu yang dibangkitkan sekarang, penukilan kalam al-Ghazzālī yang bersifat separuh-separuh adalah kurang sesuai. Apatah lagi dalam keadaan ada kelompok yang menyeru supaya dimansuhkan hukuman khalwat, adalah tidak sesuai masanya bagi agamawan untuk MEMFOKUSKAN status Facebook yang singkat kepada persoalan tajassus semata-mata. Ini memberi buah tanggung kepada kelompok ini dan telah jelas dimanipulasi oleh mereka. Boleh rujuk Malaysiakini [https://www.malaysiakini.com/news/322570]. Bukan sekali dua, telah banyak kali status Facebook yang ringkas dan singkat dimanipulasi. Natijahnya, tuan badan terpaksa buat penafian berkali-kali.
  6. Selainnya, boleh rujuk di status Facebook saya [https://www.facebook.com/raziffuad/posts/10205501811084151
Teks Bahasa Arab di atas dan terjemahannya di bawah. Simbol kurungan adalah penjelasan daripada saya.

 =====================================================


فإذا المعصية لها ثلاثة أحوال
إحداها أن تكون متصرمة فالعقوبة على ما تصرم منها حد أو تعزير وهو إلى الولاة لا إلى الآحاد

الثانية أن تكون المعصية راهنة وصاحبها مباشر لها كلبسه الحرير وإمساكه العود والخمر فإبطال هذه المعصية واجب بكل ما يمكن ما لم تؤد إلى معصية أفحش منها أو مثلها وذلك يثبت للآحاد والرعية

الثالثة أن يكون المنكر متوقعاً كالذي يستعد بكنس المجلس وتزيينه وجمع الرياحين لشرب الخمر وبعده لم يحضر الخمر فهذا مشكوك فيه إذ ربما يعوق عنه عائق فلا يثبت للآحاد سلطنة على العازم على الشرب إلا بطريق الوعظ والنصح فأما بالتعنيف والضرب فلا يجوز للآحاد ولا للسلطان إلا إذا كانت تلك المعصية علمت منه بالعادة المستمرة وقد أقدم على السبب المؤدي إليها ولم يبق لحصول المعصية إلا ما ليس له فيه إلا الانتظار وذلك كوقوف الأحداث على أبواب حمامات النساء للنظر إليهن عند الدخول والخروج فإنهم وإن لم يضيقوا الطريق لسعته فتجوز الحسبة عليهم بإقامتهم من الموضع ومنعهم عن الوقوف بالتعنيف والضرب وكان تحقيق هذا إذا بحث عنه يرجع إلى أن هذا الوقوف في نفسه معصية وإن كان مقصد العاصي وراءه كما أن الخلوة بالأجنبية في نفسها معصية لأنها مظنة وقوع المعصية وتحصيل مظنة المعصية معصية ونعني بالمظنة ما يتعرض الإنسان به لوقوع المعصية غالباً بحيث لا يقدر على الإنكفاف عنها فإذاً هو على التحقيق حسبة على معصية راهنة لا على معصية منتظرة

الركن الثاني للحسبة ما فيه الحسبة
وهو كل منكر موجود في الحال ظاهر للمحتسب بغير تجسس معلوم كونه منكراً بغير اجتهاد فهذه أربعة شروط فلنبحث عنها

الأول كونه منكراً ونعني به أن يكون محذور الوقوع في الشرع وعدلنا عن لفظ المعصية إلى هذا لان المنكر أعم من المعصية إذ مَنْ رَأَى صَبِيًّا أَوْ مَجْنُونًا يَشْرَبُ الْخَمْرَ فعليه أن يريق خمره ويمنعه وَكَذَا إِنْ رَأَى مَجْنُونًا يَزْنِي بِمَجْنُونَةٍ أَوْ بهيمة فعليه أن يمنعه منه وليس ذلك لتفاحش صورة الفعل وظهوره بين الناس بل لو صادف هذا المنكر في خلوة لوجب المنع منه وهذا لا يسمى معصية في حق المجنون إذ معصية لا عاصي بها محال فلفظ المنكر أدل عليه وأعم من لفظ المعصية وقد أدرجنا في عموم هذا الصغيرة والكبيرة فلا تختص الحسبة بِالْكَبَائِرِ بَلْ كَشْفُ الْعَوْرَةِ فِي الْحَمَّامِ وَالْخَلْوَةُ بِالْأَجْنَبِيَّةِ وَإِتْبَاعُ النَّظَرِ لِلنِّسْوَةِ الْأَجْنَبِيَّاتِ كُلُّ ذَلِكَ من الصغائر ويجب النهي عنها وفي الفرق بين الصغيرة والكبيرة نظر سيأتي في كتاب التوبة

الشرط الثاني أن يكون موجوداً في الحال وهو احتراز أيضاً
عن الحسبة على من فرغ من شرب الخمر فإن ذلك ليس إلى الآحاد وقد انقرض المنكر واحتراز عما سيوجد في ثاني الحال كمن يعلم بقرينه حال أنه عازم على الشرب في ليلته فلا حسبة عليه إلا بالوعظ وإن أنكر عزمه عليه لم يجز وعظه أيضاً فإن فيه إساءة ظن بالمسلم وربما صدق في قوله وربما لا يقدم على ما عزم عليه لعائق وليتنبه للدقيقة التي ذكرناها وهو أن الخلوة بالأجنبية معصية ناجزة وكذا الوقوف على باب حمام النساء وما يجري مجراه

الشرط الثالث أن يكون المنكر ظاهراً للمحتسب بِغَيْرِ تَجَسُّسٍ فَكُلُّ مَنْ سَتَرَ مَعْصِيَةً فِي داره وأغلق بابه لا يجوز أَنْ يُتَجَسَّسَ عَلَيْهِ وَقَدْ نَهَى اللَّهُ تَعَالَى عنه وقصة عمر وعبد الرحمن بن عوف فيه مشهورة وقد أوردناها في كتاب آداب الصحبة وكذلك ما روي أن عمر رضي الله عنه تسلق دار رجل فرآه على حالة مكروهة فأنكر عليه فقال يا أمير المؤمنين إن كنت أنا قد عصيت الله من وجه واحد فأنت قد عصيته من ثلاثة أوجه فقال وما هي فقال قد قال تعالى ولا تجسسوا وقد تجسست وقال تعالى وأتوا البيوت من أبوابها وقد تسورت من السطح وقال لا تدخلوا بيوتاً غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها وما سلمت فتركه عمر وشرط عليه التوبة ولذلك شاور عمر الصحابة رضي الله عنهم وهو على المنبر وسألهم عن الإمام إذا شاهد بنفسه منكراً فهل له إقامة الحد فيه فأشار علي رضي الله عنه بأن ذلك منوط بعدلين فلا يكفي فيه واحد وقد أوردنا هذه الأخبار في بيان حق المسلم من كتاب آداب الصحبة فلا نعيدها

فإن قلت فما حد الظهور والاستتار فاعلم أن من أغلق باب داره وتستر بحيطانه فلا يجوز الدخول عليه بغير إذنه لنعرف المعصية إلا أن يظهر في الدار ظهوراً يعرفه من هو خارج الدار كأصوات المزامير والأوتار إذا ارتفعت بحيث جاوز ذلك حيطان الدار فمن سمع ذلك فله دخول الدار وكسر الملاهي وكذا إذا ارتفعت أصوات السكارى بالكلمات المألوفة بينهم بحيث يسمعها أهل الشوارع فهذا إظهار موجب للحسبة فإذن إنما يدرك مع تخلل الحيطان صوت أو رائحة فإذا فاحت روائح الخمر فإن احتمل أن يكون ذلك من الخمور المحترمة فلا يجوز قصدها بالإراقة وإن علم بقرينة الحال أنها فاحت لتعاطيهم الشرب فهذا محتمل والظاهر جواز الحسبة وقد تستر قارورة الخمر في الكم وتحت الذيل وكذلك الملاهي فإذا رؤى فَاسِقٌ وَتَحْتَ ذَيْلِهِ شَيْءٌ لَمْ يَجُزْ أَنْ يكشف عنه ما لم يظهر بعلامة خاصة فإن فسقه لا يدل على أن الذي معه خمر إذ الفاسق محتاج أيضاً إلى الخل وغيره فلا يجوز أن يستدل بإخفائه وأنه لو كان حلالاً لما أخفاه لأن الأغراض في الإخفاء مما تكثر وإن كانت الرائحة فائحة فهذا محل النظر

والظاهر أن له الاحتساب لأن هذه علامة تفيد الظن والظن كالعلم في أمثال هذه الأمور وكذلك العود ربما يعرف بشكله إذا كان الثوب السائر له رقيقاً فدلالة الشكل كدلالة الرائحة والصوت وما ظهرت دلالته فهو غير مستور بل هو مكشوف وقد أمرنا بأن نستر ما ستر الله وننكر على من أبدى لنا صفحته والإبداء له درجات فتارة يبدو لنا بحاسة السمع وتارة بحاسة الشم وتارة بحاسة البصر وتارة بحاسة اللمس ولا يمكن أن يخصص ذلك بحاسة البصر بل المراد العلم وهذه الحواس أيضاً تفيد العلم فإذن إنما يجوز أن يكسر ما تحت الثوب إذا علم أنه خمر وليس له أن يقول أرني لأعلم ما فيه هذا تجسس ومعنى التجسس طلب الأمارات المعرفة فالأمارة المعرفة إن حصلت وأورثت المعرفة جاز العمل بمقتضاها فأما طلب الأمارة المعرفة فلا رخصة فيه أصلاً

Perbuatan maksiat itu ada tiga keadaan:
Keadaan pertama: Maksiat yang sudah berlalu, maka hukuman atas kesalahan yang sudah berlalu adalah ḥadd atau taʿzīr. Ia terserah kepada pemerintah dan bukannya kepada mana-mana individu.

Keadaan kedua: Maksiat yang sedang berlaku dan pelakunya sedang melakukannya contohnya memakai sutera, memegang ʿoud (diistilahkan juga sebagai qanbūs atau gambus) dan arak. Maka membatalkan (menghalang) maksiat ini adalah wajib dengan segala yang termampu selama tidak membawa kepada maksiat yang lebih keji atau sama dengannya. Dan ini terpakai kepada mana-mana individu dan rakyat.

Keadaan ketiga: Perbuatan mungkar itu mungkin berlaku contohnya orang yang sedang mempersiapkan tempat dengan menyapu, menghiasi dan mengumpulkan bunga-bungaan dengan tujuan untuk meminum arak. Kemudiannya, arak tidak dibawa (ke majlis itu) maka ini adalah diragukan. Mungkin ada sesuatu hal yang menghalangnya (pada ketika itu). Maka, tidak ada hak bagi seseorang berkeras terhadap orang yang ada keinginan meminum arak (belum minum dan hanya ada keinginan) kecuali menggunakan kaedah pesanan dan nasihat.  Kekerasan  (perkataan seperti ugutan, celaan, caci-maki, mempersenda) dan pukulan juga tidak dibolehkan untuk dilakukan oleh seseorang atau sultan (sekiranya orang ini tidak meminumnya lagi)  kecuali apabila maksiat itu diketahui pada kebiasaannya berkali-kali dan ia membawa kepada sebab yang melorongkan kepada maksiat itu. Dan tidak tertinggal sesuatu pun yang membawa kepada maksiat itu kecuali hanya menunggu masanya sahaja. Misalnya seperti anak muda (lelaki) yang berhenti di pintu bilik mandi perempuan untuk melihat wanita-wanita itu ketika mereka masuk dan keluar. Sesungguhya anak muda ini tidak menyempitkan jalan kerana jalan itu luas. Maka dibenarkan melakukan ḥisbah (pengawasan / tindakan) kepada mereka dengan mengarahkan mereka berdiri dan melarang mereka berhenti di situ dengan kekerasan perkataan dan pukulan.

Hakikatnya, jika diteliti akan perkara itu, pastinya perbuatan berhenti di pintu itu sendiri adalah satu maksiat walaupun maksud (hasrat untuk melakukan maksiat) bagi pembuat maksiat itu di belakangnya (belum lagi melakukan maksiat). Begitu juga duduk berdua-duaan dengan wanita ajnabī (al-khalwah bi al-ajnabiyyah) itu sendiri adalah perbuatan maksiat kerana ia pada sangkaan, akan terjadi maksiat. Dan mendatangkan sesuatu yang menimbulkan sangkaan maksiat itu adalah maksiat.  Kami maksudkan dengan ‘sangkaan’ itu adalah sesuatu yang dilakukan insan pada kebiasaan untuk terjadinya sesuatu maksiat,  yang mana dia tidak ada kemampuan untuk mencegahnya. Maka, hakikatnya ḥisbah itu adalah pada maksiat yang sedang terjadi, tidak berlaku kepada maksiat yang masih dalam jangkaan (boleh jadi berlaku atau tidak).

Rukun Kedua: Ḥisbah dan Apa Yang Ada Padanya
Ia adalah semua kemungkaran yang zahir (nyata) bagi orang yang melakukan pengawasan / tindakan (al-muḥtasib), tanpa diintip dan diketahui keadaannya yang mungkar tanpa ijtihad. Hal ini ada empat syarat, maka ayuh kita bahaskannya.

Syarat Pertama : Adanya kemungkaran itu. Kami maksudkan  bahawa ianya adalah larangan di sisi syarak. Kami ubah daripada lafaz ‘maksiat’ kepada ini (lafaz mungkar) kerana mungkar lebih umum dari maksiat. Apabila sesiapa melihat anak kecil atau orang yang gila meminum arak maka wajiblah dia mencurahkan araknya dan melarang untuk meminumnya. Begitu juga jika didapati orang lelaki yang gila berzina dengan wanita yang gila atau dengan binatang, maka wajib melarangnya daripada perbuatan itu. Dan tidaklah larangan itu (kecuali) kerana kejinya perbuatan itu dan berlakunya di khalayak. Bahkan jika ditemui kemungkaran itu di tempat sunyi, wajib melarangnya. Ini tidak dinamakan maksiat pada sisi orang yang gila apabila maksiat itu tidak ada pelakunya adalah mustahil. Maka lafaz ‘mungkar’ adalah lebih sesuai dan lebih umum daripada lafaz maksiat. Dan kami rangkumkan pada hal yang umum ini, dosa kecil dan dosa besar. Maka tidak dikhususkan ḥisbah (tindakan) itu pada dosa-dosa besar sahaja. Bahkan membuka aurat dalam bilik mandi, duduk di tempat sunyi bersama wanita ajnabi dan melirik pandangan terhadap wanita ajnabi, semuanya adalah termasuk dalam dosa kecil dan wajib dilarang. Berkenaan perbezaan antara dosa kecil dan dosa besar, ada kupasannya akan datang dalam ‘Kitāb Taubat’.

Syarat Kedua : Kemungkaran itu sedang berlaku. Perhatian kepada sesiapa yang telah selesai meminum arak, maka ia dikira telah berlalu kemungkaran itu pada seseorang (tidak perlu dikenakan tindakan). Perhatian juga tentang apa yang terjadi selepasnya.  Misalnya orang yang berhasrat untuk meminum arak pada malam hari (padahal ketika itu masih belum malam). Maka tidak ada ḥisbah (tindakan) terhadap orang itu kecuali pesanan / nasihat. Jika dia membatalkan hasrat untuk meminumnya, tidak dibenarkan memberi pesanan/nasihat kepadanya kerana ianya adalah buruk sangka kepada orang Islam Kadangkala benar perkataannya dan kadangkala dia tidak meneruskan hasratnya dek halangan. Hendaklah perhatikan dengan teliti garis halus yang kami telah nyatakan; duduk di tempat yang sunyi (berkhalwat) dengan wanita ajnabi, adalah maksiat yang sedang berlaku. Begitu juga berhenti pada pintu bilik mandi wanita dan lain-lain yang sama dengannya.

Syarat Ketiga:  Kemungkaran itu jelas bagi orang yang melakukan tindakan/pengawasan (al-muḥtasib), tanpa diintip. Maka setiap orang yang menutup perbuatan maksiat di rumahnya dan mengunci pintunya, tidak dibenarkan untuk mengintip. Sesungguhnya Allah Taʿāla melarangnya. Kisah ʿUmar dan ʿAbd al-Raḥmān bin ʿAwf tentang hal ini telah masyhur . Kami telah sebutkan pada  “Kitab Ādāb al-Ṣūhbah”. Sebagaimana yang diriwayatkan bahawa ʿUmar RA me-manjat dinding tembok seorang lelaki. Lalu beliau melihat lelaki itu dalam keadaan yang dibenci lantas disanggahnya. Maka lelaki itu menjawab : "Wahai Amīr al-Mu’minīn! Jika dari satu aspek aku telah melakukan maksiat kepada Allāḥ, maka engkau telah melakukannya dalam tiga aspek.” ʿUmar RA bertanya : “Apakah ketiga-tiga aspek itu?”. Lelaki itu menjawab : Allāh Taʿāla berfirman,  “…dan janganlah mengintip…” dan engkau telah mengintip. Allāh Taʿāla berfirman, “…dan masuklah rumah melalui pintunya…” dan engkau telah memanjat dinding tembok dan masuk melalui atap. Allāh Taʿāla berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya;…” dan engkau tidak memberi salam. (Mendengarkan hal itu) Lalu ʿUmar meninggalkannya dan meletakkan syarat kepada lelaki itu untuk bertaubat.

Sehubungan dengan itu, 'ʿUmar bermesyuarat dengan para Sahabat R.Alayhim dan beliau berada atas mimbar. Beliau bertanya kepada mereka tentang pemerintah, apabila dia melihat sendiri perbuatan mungkar, apakah boleh dia menjatuhkan hukuman atas perbuatan mungkar tersebut? ʿAlī RA. menjawab, Hal itu bergantung kepada dua orang saksi yang adil, tidak cukup dengan seorang saksi. Kami telah nyatakan segala perkhabaran ini dahulu dalam penjelasan "Hak Muslim" daripada ‘Kitāb Ādāb al-Ṣūhbah’. Kami tidak akan mengulanginya lagi.

Jika kamu bertanya, “Apakah had bagi ‘jelas’ dan ‘tersembunyi’? Maka ketahuilah bahawa orang yang menutup pintu rumahnya dan menyembunyikan dirinya dengan dinding-dinding temboknya, tidak dibenarkan untuk memasukinya (rumahnya) tanpa izin untuk mengetahui maksiat kecuali, nyata (apa yang berlaku) dalam rumah itu diketahui oleh yang berada di luarnya. Umpamanya bunyi seruling dan alat muzik bertali, bila kuat bunyinya melepasi dinding tembok rumah maka sesiapa yang mendengar sedemikian, boleh masuk ke rumah itu dan menghancurkan instrumen berkenaan. Begitu juga apabila kuat suara orang-orang mabuk dengan percakapan yang biasa sesama mereka di mana didengari oleh orang-orang di jalanan, maka ini menimbulkan kewajipan (untuk menjalankan) ḥisbah (tindakan).  Jadi, sesungguhnya diketahui bunyi atau bau daripada celahan tembok itu. Apabila bau arak  menerpa, jika ia mungkin daripada arak yang digunakan untuk ubat, maka tidak boleh berniat untuk mencurahkannya.

Jika diketahui (perbuatan meminum arak) dengan petunjuk keadaan, iaitu bau itu menerpa kerana mereka meminumnya, maka ini suatu kemungkinan (mereka meminumnya). Apa yang jelas, boleh dilakukan ḥisbah. Adakalanya botol arak disembunyikan dalam lengan baju dan di bawah hujung baju. Begitu juga instrumen muzik (yang diharamkan). Bila terlihat seorang fasiq dan di bawah hujung bajunya seakan ada sesuatu, maka tidak boleh diselak selagi belum terzahir dan tanda yang khusus. Sesungguhnya dengan  sifat fasiq itu, tidak membuktikan bahawa barang yang ada padanya itu adalah arak kerana orang fasiq itu juga (mungkin) memerlukan cuka dan selainnya. Maka, tidak boleh dijadikan bukti penyembunyiannya itu dan sekiranya (barang yang disembunyikan) halal, tentu tidak disembunyikannya kerana tujuan penyembunyian itu pelbagai.

Sekiranya baunya sudah menerpa, maka ia menjadi pertimbangan (dalam isu ini). Apa yang jelas, dibenarkan untuk melakukan tindakan kerana ini adalah satu petanda yang memberi faedah akan berat sangkaannya (ke arah minum arak) dan sangkaan itu umpama ilmu dalam perkara seperti ini.  Begitu juga bagi ʿoud. Kadangkala dikenali kerana bentuknya apabla kain penutupnya nipis. Maka penzahiran bentuk itu, seperti penzahiran bau dan bunyi dan apa yang jelas daripada penzahiran itu, itu tidak tertutup bahkan ia terbuka. Kita telah diperintahkan untuk menyembunyikan apa yang disembunyikan oleh Allāh  dan menentang orang yang menampakkan kepada kita keadaanya (yang sebelumnya tersembunyi).

Penzahiran itu mempunyai beberapa tingkat. Adakalanya dizahirkan kepada kita dengan deria mendengar. Adakalanya dengan deria menghidu. Adakalanya dengan deria penglihatan dan sekali dengan deria sentuhan. Tidak mungkin kita menentukan sedemikian dengan deria penglihatan. Tetapi apa yang dimaksudkan, adalah pengetahuan (tentang sesuatu hal). Semua deria ini juga memberi faedah pengetahuan.  Oleh itu, sesungguhnya dibenarkan untuk dipecahkan apa yang di bawah kain, apabila diketahui yang di bawah kain itu adalah arak. Tidak boleh menyatakan: “Tunjukkan kepadaku, agar aku tahu apa yang di dalamnya!”. Maka sesungguhnya itu adalah mengintip. Erti mengintip (tajassus) adalah meminta-minta tanda pengenalan. Maka tanda pengenalan itu, jika berhasil dan membuahkan pengenalan, nescaya boleh dilaksanakan menurut yang dikehendaki oleh tanda-tanda itu. Mencari tanda pengenalan itu, tidak ada kelonggaran (tidak dibenarkan) padanya sama sekali.

Tamat Terjemahan

No comments:

Post a Comment