Sunday 6 December 2015

Integrasi dalam Kesenian Islam



Sejak permulaan, kesenian Islam dilihat melalui proses yang selektif mengikut motif dan gaya tertentu. Proses ini dilakukan oleh artis itu sendiri yang mana kebanyakan mereka adalah non Muslim dan kemudiannya memeluk Islam. Mereka membawa bersama unsur etika dan estetika baru yang diikuti oleh generasi seterusnya. Antara perubahan yang dilihat adalah pada senibina yang berkaitan dengan ibadah, dan inilah yang memainkan peranan utama kepada pembaharuan dalam kesenian Islam.

Jika diteliti, senibina keagamaan (religious arcitechture) menampakkan ekspresi yang jelas akan unsur integrasi dalam kesenian Islam. Integrasi yang saya maksudkan adalah integrasi antara tradisi kesenian sedia ada dan disesuaikannya dan skop dan kehendak sedia ada / tersendiri. Contoh terbaik integrasi awal ini boleh dilihat pada Dome of the Rock di Jerusalem; monumen pertama dalam Islam (688-692 CE) dan Masjid Agung Umayyah di Dimashq (ca. 706-716 CE). 

Antara yang menarik di situ adalah rub' al-hizb (simbol geometri lapan segi). Ada yang menyatakan ianya dibawa daripada kesenian Sepanyol sebelum Islam memerintah di sana. Ada juga yang menyatakan ianya simbol daripada tamadun purba Tartessos di Andalus namun, teori ini agak rapuh kerana tidak ada archeological evidence. Boleh baca dalam buku Hidden Religion: The Greatest Mysteries and Symbols of the World's Religious Beliefs oleh Micah Issitt and Carlyn Main.

No comments:

Post a Comment