Wednesday 16 December 2015

14 Tabiat Pencinta Buku


Anda penggemar buku maka, inilah 'masalah' yang mungkin anda alami:
  1. Gesaan untuk beli buku baru sedangkan buku sedia ada masih banyak yang belum di baca.
  2. Ruang untuk meletak buku semakin tiada!
  3. Terasa nak membaca semua buku yang ada di perpustakaan walaupun hakikatnya mustahil.
  4. Suka cium bau buku lama (bibliosmia).
  5. Pembelian buku secara online dan anda tak sabar-sabar menunggu buku dihantar oleh posmen.
  6. Membaca ketika makan.
  7. Ditegur pasangan kerana bawa buku sampai ke meja makan.
  8. Buku dipinjam oleh kawan tetapi tidak dipulangkan sehingga sekarang / lupa siapa peminjamnya!
  9. Fikir, fikir dan fikir. "Nak baca buku yang mana ya?" (sambil merenung rak buku).
  10. Pergi melancong tetapi buku tetap dibawa.
  11. Masa terlalu pendek, buku masih banyak belum dibaca di rak.
  12. Falsafah "Beli dulu, baca kemudian!"
  13. Beli buku sehingga tak sedar, bajet dah 'lari'.
  14. Membaca lebih daripada satu buku dalam satu-satu masa.
  15. Tertidur dengan buku masih di tangan.
Ada lagi?

No comments:

Post a Comment