1. Kisah manusia melahirkan haiwan ini masyhur serata dunia. Cuma, kesahihannya masih tidak diketahui. Jika dalam perbahasan kalām, hal ini termasuk dalam mustahil adat, walaupun harus pada akal. Hhukum adat boleh berubah dengan sebab, sebagaimana contoh yang berlegar di sekitar perbahasan wahyu seperti kisah Nabi Ibrāhīm dibakar api, Nabi ‘Īsā lahir tanpa ayah dan selainnya. Keduanya-duanya “melanggar” hukum adat dengan sebab mukjizat. Tapi dalam isu wanita lahir anak buaya ni...hm.
Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts
Tuesday, 23 January 2018
Sunday, 31 December 2017
Menjawab Ateis | Isu Kewujudan Tuhan & Islam Yang Susah
I was raised as a Muslim. I grew up and started to learn everything. I was a daie (Islamic preacher). I became an agnostic when I was twelve and then became a Muslim back when I was 13 to 14 years old as I learned a lot from Dr. Zakir naik at that time. I started to believe in him and then I watched another video titled "An Atheist make Dr. Zakir Naik storm" and I started to question "Why does God needs proof for His existence?" I started to study Quran thoroughly for 5 years. They said you have to understand it properly so that you can't misunderstood it. I was like "Whattt? It must be easy to understand right?". As an atheist, I should be sentenced to death right now if this is a real Muslim country (with sharia laws fully implemented). Klik https://goo.gl/9BeUh6
Monday, 21 August 2017
Moderat Dalam Agama
You said that you are a practising Sikh, but you drink alcohol.
Kata saya kepada Mr. S. Setelah meneliti laporannya yang panjang lebar, itu yang saya lontarkan. Beliau berhasrat untuk keluar Islam dengan alasan tidak pernah mengamalkan Islam dan sudah lama mengamalkan ajaran Sikh.
Saya menyambung lagi,
Even Guru Grant Sahib forbids the Sikhs from drinking alcohol. The Guru says:
"Drinking wine, his intelligence departs, and madness enters his mind; He cannot distinguish between his own and others, He is struck down by his Lord and Master" Lihat pautan.
Beliau terkesima dan tersipu-sipu malu. "Ujarnya, I'm a moderate Sikh. That's why I don't wear turban." Saya tersengih.
Monday, 24 July 2017
Catatan Ringkas Buat Puan Asiah Abd Jalil
Ulasan berdasarkan status Facebook Asiah Abd Jalil
Solat di Sisi Para Nabi Terdahulu
Antara bukti ibadah solat wujud sejak zaman para Nabi terdahulu adalah:
• Nabi Yunus (Surah al-Saffat: 143-144)
• Nabi Ibrahim (Surah Ibrahim: 37, 40)
• Nabi Ismail (Surah Maryam: 54-55)
• Nabi Ishaq (Surah al-Anbiya’: 72)
• Nabi Syu’aib (Surah Hud: 87)
• Nabi Musa (Surah Taha: 13-14; Surah Yunus: 87)
• Nabi Daud (Surah Sad: 24)
• Nabi Sulaiman (Surah Sad: 30-33)
Maka, dapat kita simpulkan bahawa ibadah solat itu wujud walaupun tatacaranya mungkin berbeza mengikut zaman sebelum ditetapkan pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Nota 3: Wasatiyyah Dalam Aqidah
Memahami aqidah bukan hanya seputar Ketuhanan, Kenabian dan Perkara Ghaib. Aqidah adalah kehidupan. Inilah yang gagal difahami oleh segelintir golongan agamawan dan orang awam yang larut dalam pergaduhan yang membawa kepada perpecahan dan pengkafiran. Sewajarnya mereka yang faham aqidah itu sifatnya mendamaikan, bukan memecahkan. Tidak ada dalam sejarah dakwah Nabi SAW, pemahamanaqidah disampaikan dengan natijahnya adalah perpecahan.
Bacalah "Al Tawhid: Its Implication for Thought and Life oleh Prof. Dr. Isma'il Raji al-Faruqi". Muattturun di sini [http://www.muslim-library.com/dl/books/English_Al_Tawhid_Its_Implication_for_Thought_and_Life.pdf]
Buku "Al-Iman wa al-Hayah" tulisan Sh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah buku terawal yang banyak membentuk pemikiran saya dalam memahamiaqidah dalam konteks yang lebih luas dan mendamaikan. Muatturun di [http://elibrary.mediu.edu.my/books/MAL01805.pdf]
Nota 2: Wasatiyyah Dalam Aqidah
Pendekatan kalam boleh diaplikasikan sekiranya ada isu-isu melibatkan kekeliruan/serangkan akliah. Misalnya, dulu Siti Kasim pernah bangkitkan isu tuhan Getaran. Dia menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh 'sesuatu'. Jika aura tenaga positif yang baik, beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan. Begitu juga sebaliknya.
Isu ini telah lama dihuraikan oleh ulama' Asya'irah di dalam perbahasan dawr (circular reasoning) dan tasalsul (infinite circle).
Contohnya, A adalah sebab bagi B dan B sebagai sebab bagi A. Begitu juga A sebab bagi B, B sebab bagi C, C sebab bagi D dan D sebab bagi A.
Secara logik, jika A menjadi sebab bagi B, maka B tidak akan pernah menjadi sebab bagi A. Sebagai contoh, jika Najib makan, maka perutnya kenyang. “Kenyang” merupakan akibat dari “makan”. Tidak logik sama sekali "kenyang" itu penyebab Najib makan kerana penyebab makan adalah lapar. Sebab dan akibat tidak pernah berputar, tetapi berlanjutan. A sebab dari B, B sebab dari C, C sebab dari D. Allah suci daripada hal ini.
Dalam masa yang sama, jika difahami Tuhan itu dari bentuk tasalsul, adalah jauh dari logik akal. Tuhan A mencipta Tuhan B, Tuhan B mencipta Tuhan C...sehinggalah tidak ada penamatnya.
Jelas dengan logik mudah ini, teori dawr dan tasalsul yang diimani kelompok atheis dan Muslim yang terkeliru ini, adalah tidak tepat. Di sinilah gunanya pemahaman sifat Qidam dalam pengajian Sifat 20.
Sifat Qidam ialah ketiadaan permulaan bagi keberadaan atau wujud Allah, sebab Allah adalah sumber semua makhluk, Pencipta makhluk, dan pencipta itu mesti lebih dahulu daripada yang dicipta. Dia sedia adanya tanpa sesuatu yang mengadakan-Nya. Allah SWT. berfirman :
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Hadid: 3)
Memetik kata Imam al-Sanusi dalam Umm al-Barahin,
"Dalil yang menunjukkan kewujudan Allah SWT tidak ada permulaannya ialah sekiranya Allah SWT baru diciptakan, maka pastilah ia berhajat kepada pencipta-Nya. Perkara ini akan membawa kepada masalah dawr atau tasalsul. Kedua-dua perkara ini mustahil pada akal fikiran manusia."
Nota 1: Wasatiyyah Dalam Aqidah
Allāh tidak perlu dipergaduhkan terlebih dahulu untuk dikenali. Kunci utamanya, laysa kamithlihi shay' (tidak ada sesuatu yang seumpama-Nya). Terlalu banyak kerugian jika Allāh sebagai ma'būd itu diperdebatkan dahulu sifat-Nya, wujud-Nya dalam keadaan terlalu ramai lagi tidak mengenali-Nya dan merasai keberadaan-Nya.
Sunday, 27 November 2016
Benarkah Nama Malaikat Maut Adalah Izra’il?
Soalan: Benarkah nama malaikat maut adalah Izra’il?
Jawapan:
Al-Qur’an
dan al-Hadith tidak menyebut nama Izra’il ini. Ia hanya dikenali sebagai
Malaikat Maut sahaja di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Firman Allah SWT:
قُلْ
يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ
تُرْجَعُونَ
Katakanlah:
"Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu;
kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan”.
(Surah
al-Sajdah: 11)
Saturday, 10 September 2016
Menjawab Salah Faham Siti Kasim Berkenaan Hukuman Potong Tangan Di Dalam Al-Qur’ān
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا
أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ
حَكِيمٌ
Maksudnya:
“Dua orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Ayat
di dalam Surah al-Mā’idah (5: 38) ini memberikan satu penjelasan akan hukuman
bagi pencuri lelaki dan perempuan iaitu dipotong kedua tangannya (faqṭaʿū
aydiyahumā). Fokus utama artikel ini adalah untuk menghuraikan pemahaman
sebenar bagi perkataan iqṭaʿū yang telah difahami dengan kaedah yang
ganjil oleh saudari Siti Kasim.
Sunday, 4 September 2016
Jibril Turun Ke Bumi Selepas Kewafatan Nabi
Umum mengetahui bahawa tugas Jibril adalah turun ke bumi bagi menyampaikan wahyu kepada para Nabi. Adakah Jibril akan turun ke bumi lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW?
Wednesday, 31 August 2016
Bagaimana Iblis Menggoda Adam 'Alayhissalam Sedangkan Dia Telah Dikeluarkan Daripada Syurga?
Hal ini ditanyakan oleh pelajar saya.
Bagaimana iblis menggoda Adam 'alayhissalām sedangkan dia telah dikeluarkan daripada syurga?
Tuesday, 30 August 2016
Menyoal Intelektualisme Joint Action Group (JAG) dan Gender Equality Initiative (GEI)
Apa yang saya coretkan ini tidak bermaksud untuk menghukum apatah lagi menyerang. Cuma, tertarik untuk menimbulkan beberapa persoalan setelah mendapat tahu tentang Anugerah Aiyoh Wat Lah! anjuran Joint Action Group (JAG) dengan kerjasama Gender Equality Initiative (GEI).
Saya tidak menyoal untuk membela kenyataan Mufti Perak. Tidak juga menyoal untuk membawa pembaca jauh daripada topik utama jauh. Cuma timbul beberapa pertanyaan; wajarkah anugerah ‘Menghina Intelektual’ diberikan kepada Mufti Perak atas kenyatannya? Apa itu intelektual? Mengapa dikatakan beliau menghina intelektual? Apakah anugerah yang diwujudkan itu sendiri melambangkan intelektualiti?
Tuesday, 16 August 2016
Al-Fiqh al-Akbar [Terjemahan] Bab 3: Sifat al-Dhātiyyah dan Perbuatan-Nya
الصِّفَات الذاتية
والفعلية
Sifat al-Dhātiyyah dan
Perbuatan-Nya
اما الذاتية
فالحياة وَالْقُدْرَة وَالْعلم وَالْكَلَام والسمع وَالْبَصَر والارادة وَأما الفعلية
فالتخليق والترزيق والإنشاء والإبداع والصنع وَغير ذَلِك من صِفَات الْفِعْل لم يزل
وَلَا يزَال بصفاته وأسمائه لم يحدث لَهُ صفة وَلَا اسْم
Maka, sifat dhātiyyah bagi-Nya itu ialah
Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Berkata-kata, Maha Mendengar,
Maha Melihat dan Maha Berkehendak. Manakala, sifat yang berkait dengan
perbuatan-Nya mencipta, memberi rezeki, memulakan, menjadikan, membentuk dan
selainnya daripada sifat-sifat perbuatan. Dia telah sedia wujud dan berkekalan
wujud dengan sifat-sifat-Nya dan nama-nama-Nya, tidak dicipta pada-Nya walau
satu perbuatan atau nama.
Monday, 15 August 2016
Al-Fiqh al-Akbar [Terjemahan & Anotasi] Bab 2: Keesaan Allāh Taʿālā
وحدانية الله
تَعَالَى
Keesaan Allāh Taʿālā
وَالله تَعَالَى
وَاحِد لَا من طَرِيق الْعدَد وَلَكِن من طَرِيق انه لَا شريك لَهُ لم يلد وَلم يُولد
وَلم يكن لَهُ كفوا أحد لَا يشبه شَيْئا من الْأَشْيَاء من خلقه وَلَا يُشبههُ شَيْء
من خلقه لم يزل وَلَا يزَال بأسمائه وَصِفَاته الذاتية والفعلية
Allāh[1]
itu Esa[2],
bukan dari segi bilangan tetapi dari segi Dia yang tidak ada sekutunya, tidak
beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya[3]. Dia
tidak menyerupai segala sesuatu daripada ciptaan-Nya dan tiada ciptaan-Nya yang
menyerupai-Nya. Dia telah sedia wujud dan berkekalan wujud dengan
nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya yang berkaitan dengan-Nya dan perbuatan-Nya.[4]
Sunday, 14 August 2016
Al-Fiqh al-Akbar [Terjemahan & Anotasi] Bab 1: Menerangkan Usul Iman
AL-FIQH AL-AKBAR
oleh Imam Abu Hanifah bin Nu'man bin Thabit
Diterjemahkan oleh
Mohamad Razif bin Mohamad Fuad & Umar Mukhtar Mohd Noor
بَيَان أصُول
الْإِيمَان
Menerangkan Usul Iman
أصل
التَّوْحِيد وَمَا يَصح الِاعْتِقَاد عَلَيْهِ يجب ان يَقُول آمَنت بِاللَّه وَمَلَائِكَته
وَكتبه وَرُسُله والبعث بعد الْمَوْت وَالْقدر خَيره وشره من الله تَعَالَى والحساب
وَالْمِيزَان وَالْجنَّة وَالنَّار وَذَلِكَ كُله حق
Asas kepada tauhid dan apa yang mengesahkan pegangannya,
adalah wajib ke atasnya untuk menyatakan “Aku beriman kepada Allāh[1],
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, kebangkitan selepas kematian,
ketentuan baik dan buruk daripada Allāh Taʿālā, perhitungan, neraca amalan,
syurga, neraka dan seluruhnya adalah benar.”
Tuesday, 2 August 2016
Apa Terjemahan Paling Sesuai Bagi "Kalām"?
Ramai sarjana non Muslim Barat mahupun Muslim menterjemahkan istilah kalām ke dalam Bahasa Inggeris sebagai speculative theology, scholastic theology/Islamic scholasticism, philosophical theology, theological dialecticals atau theology/Muslim theology.
Monday, 25 July 2016
Benarkah Frasa "Muḥammadurrasūlullah itu laut yang meliputi. Lā’ilāha illallāh itu setitik daripadanya”?
Metodologi penulisan kitab-kitab Jawi di alam Nusantara yang nipis, kebanyakannya saya lihat mempunyai satu persamaan; Penulis hanya menulis kaedah atau formula yang ringkas manakala tuan guru yang mensyarahkannya akan menghuraikan dengan lebih teliti dan tuntas. Kerana itulah pemahaman teks-teks Jawi klasik perlu 'diikat' dengan jalan berguru, selain membaca.
Saya bukan lulusan mana-mana pondok secara formal. Hanya pernah menadah dengan tuan-tuan guru pondok beberapa ketika dan mengikuti daurah-daurah di pondok. Justeru, saya bukanlah yang selayaknya memberi komentar. Namun, rasanya ada keperluan untuk saya memberi penjelasan akan hal yang menjadi polemik sekarang berdasarkan sedikit pemahaman dan ilmu yang diperoleh.
Friday, 1 April 2016
Catatan Tentang Relevansi Ilmu Kalam
Selepas Subuh tadi sempat sambung muzakarah kitab Uṣūl al-Dīn Iʿtiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah karangan Shaykh Mukhtār ibn ʿAṭārid. Perbincangan seputar sifat qiyāmuhu taʿālā binafsih dan waḥdāniyyah. Saya huraikan berkenaan konsep penafian atau ‘kam’ yang ada pada sifat waḥdāniyyah iaitu kam munfaṣil dan kam muṭṭaṣil dari sudut dhāt (essence), ṣifāt (attributes) dan afʿāl (actions) pada Allāh.
Jika diteliti, ulama’ Ashāʿirah begitu teliti dalam memberikan takrif dan huraian berkenaan satu-satu sifat dan sedaya upaya menafikan penyamaan Allāh dan makhluk melalui penjelasan yang bersifat ʿaqlī (acquired knowledge) dan naqlī (revealed knowledge).
Friday, 11 March 2016
Prinsip Asas Pengamalan Petua Orang Lama
Ramai tertanya-tanya, adakah benar pesan orang-orang tua Melayu berkenaan pantang-larang untuk anak dara, semasa mengandung, semasa pantang dan lain-lain? Sesetengahnya begitu mempercayai pantang larang berkenaan memberi kesan kepada anak yang dikandung atau diri sendiri.
Secara asasnya, pantang larang wujud dalam setiap bangsa di dunia. Ada yang bersifat logik, ada juga yang sebaliknya. Kaum Aghori Babas di Varanasi, India misalnya mengamalkan tradisi memakan mayat. Mereka percaya bahawa ketakutan yang sebenar bagi seseorang adalah ketakutan kepada kematian dan ianya menghalang kepada pencerahan spiritual. Maka, untuk mendapatkan pencerahan spiritual, mereka makan mayat.
Friday, 19 February 2016
Mengapa Dunia Barat Cukup Teruja Mengkaji al-Shaʿrānī?
Dunia Barat begitu gemar mengkaji dan menggali karya-karya al-Shaʿrānī namun penyelidikan berkenaan tokoh ini setakat penelitian saya, agak kurang dalam dunia Arab berbanding Barat. Saya ada membaca tesis Ph.D. Univ. al-Azhar oleh Dr. Abdul Rahman 'Umayrah berkenaan al-Shaʿrānī. Semalam saya sempat meneliti sejumlah besar jurnal Fakulti Usuluddin, Univ. al-Azhar yang ada di UIA. Namun, tidak berjumpa kajian khusus berkenaan al-Shaʿrānī.
Subscribe to:
Posts (Atom)














