Showing posts with label Terjemahan. Show all posts
Showing posts with label Terjemahan. Show all posts

Tuesday, 16 August 2016

Al-Fiqh al-Akbar [Terjemahan] Bab 3: Sifat al-Dhātiyyah dan Perbuatan-Nya


الصِّفَات الذاتية والفعلية
Sifat al-Dhātiyyah dan Perbuatan-Nya
اما الذاتية فالحياة وَالْقُدْرَة وَالْعلم وَالْكَلَام والسمع وَالْبَصَر والارادة وَأما الفعلية فالتخليق والترزيق والإنشاء والإبداع والصنع وَغير ذَلِك من صِفَات الْفِعْل لم يزل وَلَا يزَال بصفاته وأسمائه لم يحدث لَهُ صفة وَلَا اسْم

Maka, sifat dhātiyyah bagi-Nya itu ialah Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Berkata-kata, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Berkehendak. Manakala, sifat yang berkait dengan perbuatan-Nya mencipta, memberi rezeki, memulakan, menjadikan, membentuk dan selainnya daripada sifat-sifat perbuatan. Dia telah sedia wujud dan berkekalan wujud dengan sifat-sifat-Nya dan nama-nama-Nya, tidak dicipta pada-Nya walau satu perbuatan atau nama.

Monday, 15 August 2016

Al-Fiqh al-Akbar [Terjemahan & Anotasi] Bab 2: Keesaan Allāh Taʿālā


وحدانية الله تَعَالَى
Keesaan Allāh Taʿālā
وَالله تَعَالَى وَاحِد لَا من طَرِيق الْعدَد وَلَكِن من طَرِيق انه لَا شريك لَهُ لم يلد وَلم يُولد وَلم يكن لَهُ كفوا أحد لَا يشبه شَيْئا من الْأَشْيَاء من خلقه وَلَا يُشبههُ شَيْء من خلقه لم يزل وَلَا يزَال بأسمائه وَصِفَاته الذاتية والفعلية
Allāh[1] itu Esa[2], bukan dari segi bilangan tetapi dari segi Dia yang tidak ada sekutunya, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya[3]. Dia tidak menyerupai segala sesuatu daripada ciptaan-Nya dan tiada ciptaan-Nya yang menyerupai-Nya. Dia telah sedia wujud dan berkekalan wujud dengan nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya yang berkaitan dengan-Nya dan perbuatan-Nya.[4]

Sunday, 14 August 2016

Al-Fiqh al-Akbar [Terjemahan & Anotasi] Bab 1: Menerangkan Usul Iman

AL-FIQH AL-AKBAR
oleh Imam Abu Hanifah bin Nu'man bin Thabit

Diterjemahkan oleh
Mohamad Razif bin Mohamad Fuad & Umar Mukhtar Mohd Noor


بَيَان أصُول الْإِيمَان
Menerangkan Usul Iman

أصل التَّوْحِيد وَمَا يَصح الِاعْتِقَاد عَلَيْهِ يجب ان يَقُول آمَنت بِاللَّه وَمَلَائِكَته وَكتبه وَرُسُله والبعث بعد الْمَوْت وَالْقدر خَيره وشره من الله تَعَالَى والحساب وَالْمِيزَان وَالْجنَّة وَالنَّار وَذَلِكَ كُله حق
Asas kepada tauhid dan apa yang mengesahkan pegangannya, adalah wajib ke atasnya untuk menyatakan “Aku beriman kepada Allāh[1], malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, kebangkitan selepas kematian, ketentuan baik dan buruk daripada Allāh Taʿālā, perhitungan, neraca amalan, syurga, neraka dan seluruhnya adalah benar.”