Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Friday, 4 December 2015

Bagaimana Membaca al-Qur'an


Bukan non Muslim sahaja yang terpengaruh dengan berita negatif berhubung Islam dan Muslim yang perlu mengatasi anggapan dan rasa berat sebelah tentang al-Quran dalam rangka untuk membacanya dengan minda yang terbuka. Sekiranya anda seorang Muslim, anda juga ada konteks setempat dan pengalaman formatif yang membentuk pemahaman anda terhadap al-Qur'an. Malahan, sesetengah yang lahir dalam keluarga dan komuniti Muslim mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk menerima mesej al-Qur'an denga sepenuh hati berbanding dengan pembaca baru, kerana mereka telah diajar untuk memahami ayat-ayat dalam bentuk yang sempit dan bersifat sektarian. Ini bukan untuk menyatakan bahawa ia adalah pengalaman kebanyakan Muslim. Pastinya, banyak ibu bapa, guru dan ilmuwan agama Muslim menyeru dan mengajar kepada cintakan al-Qur'an di mana ia melorongkan kepada pembacaan yang berterusan, berkesinambungan dan dinamik dalam kehidupan seseorang. Tetapi, ia tidak sedemikian pada setiap orang. - Ingrid Mattson's The Study Quran

Penuntut Ilmu Dulu & Sekarang



Terasa nak berkongsi kalam hikmah daripada Ibn Qutaibah rahimahullah. Katanya:


كان طالب العلم فيما مضى، يَسمع لِيعلم، ويَعلم لِيعمل، ويَتفقه في دين الله لينتفع وينفع 
Sesungguhnya penuntut ilmu pada zaman dahulu, mendengar ilmu untuk mempelajarinya dan mereka mempelajarinya pula untuk mengamalkannya. Dan mereka bertafaqquh di dalam perkara agama Allah untuk tujuan mengambil manfaat bagi diri sendiri dan memberikan manfaat kepada orang lain.

وقد صار الآن: يَسمع ليجمع، ويجمع؛ لِيُذكر، ويحفظ؛ لِيغلِب ويفخر
Adapun penuntut ilmu sekarang pula mendengar ilmu untuk mengumpulkan, dan mengumpulkan ilmu pula untuk disebut oleh orang (sebagai seseorang yang memiliki ilmu) dan mereka menghafal ilmu untuk mengalahkan orang lain dan berbangga diri.

Sumber: Al-Madkhal al-Mufaṣṣal li Madhhab al-Imām Aḥmad wa Takhrījat al-Aṣḥāb, jil. 1, m. 13
Penulis : Shaykh Bakr bin ʿAbd Allāh Abū Zayd