وحدانية الله
تَعَالَى
Keesaan Allāh Taʿālā
وَالله تَعَالَى
وَاحِد لَا من طَرِيق الْعدَد وَلَكِن من طَرِيق انه لَا شريك لَهُ لم يلد وَلم يُولد
وَلم يكن لَهُ كفوا أحد لَا يشبه شَيْئا من الْأَشْيَاء من خلقه وَلَا يُشبههُ شَيْء
من خلقه لم يزل وَلَا يزَال بأسمائه وَصِفَاته الذاتية والفعلية
Allāh[1]
itu Esa[2],
bukan dari segi bilangan tetapi dari segi Dia yang tidak ada sekutunya, tidak
beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya[3]. Dia
tidak menyerupai segala sesuatu daripada ciptaan-Nya dan tiada ciptaan-Nya yang
menyerupai-Nya. Dia telah sedia wujud dan berkekalan wujud dengan
nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya yang berkaitan dengan-Nya dan perbuatan-Nya.[4]
[1] Menurut Ibn Qayyim, “Semua individu yang samada yang berilmu mahupun yang jahil, yang mengetahui
asalnya ataupun tidak, berbangsa Arab atau selainnya, pasti mengetahui bahawa
Allah adalah nama bagi Tuhan semesta alam yang menciptakan langit dan bumi yang
memberi kehidupan dan kematian. Tuhan bagi segala sesuatu serta memilikinya.
Mereka tidak berbeza pendapat untuk mengakui bahawa nama yang dimaksudkan adalah Allah. Nama
Allah adalah nama yang paling terkenal bagi mereka berbanding nama-nama yang
dimiliki oleh Allah.” Rujuk Al-Jawziyyah, Ibn Qayyim, al-Sawaʿiq al-Mursalah fī
al-Radd ʿala al-Jahmiyyah wa al-Muʿattilah, jil. 2.,m.750.
[2] Jika wāḥid yang difahami itu adalah satu dari segi bilangan,
maka satu sebagai permulaan kepada bilangan yang lain selepasnya dan ini adalah
mustahil bagi Allāh SWT. Begitu juga jika dikatakan satu itu adalah ½ +
½ = 1. Maka, ini juga adalah tidak tepat kerana Allāḥ SWT tidak boleh
dibahagi-bahagikan. Maka, istilah ‘Esa’ digunakan.
[3] Setiap sel di dalam tubuh mempunyai 23 pasang kromosom. Satu
kromosom daripada setiap pasang adalah diwarisi daripada ibu dan satu kromosom
lagi daripada bapa. Kromosom-kromosom itu mengandungi genes yang diwarisi
daripada ibu bapa. Mungkin ada perbezaan bentuk bagi gene yang sama yang
dipanggil alleles. Sebagai contoh, bagi gene yang menentukan warna
anak mata, mungkin sahaja seseorang itu mewarisi allele coklat daripada
ibu dan allele hitam daripada bapa. Dalam hal ini, seseorang itu akan
lahir dengan bermata coklat kerana coklat adalah allele yang dominan.
Perbezaan bentuk genes adalah disebabkan oleh perubahan (mutasi) dalam
kod DNA. Rujuk http://www.nhs.uk/Conditions/Genetics/Pages/Facts.aspx
. Maka, jelas menunjukkan bahawa Allāḥ SWT tidak sebegitu kerana yang beranak
semestinya mewariskan penyerupaannya, begitu juga yang diperanakkan semestinya
mewarisi kesamaan dan ini adalah sifat bagi makhluk-Nya.
[4] Perbincangan yang paling mulia ialah perbincangan tentang Allah
SWT yang memiliki sifat-sifat mulia dan terhindar dari sifat-sifat terkeji.
Manakala sebaik-baik ilmu adalah ilmu tentang Allah SWT mencakupi pemahaman
tentang kewujudan Allah SWT, nama nama, sifat-sifat dan
perbuatan-perbuatan-Nya. Ini kerana, kemuliaan tentang sesuatu ilmu bergantung
kepada tema perbincangan ilmu tersebut. Rujuk Muhammad al-Sayyid Na’im, al-Falsafah
al-Islamiyyah wa Silatuha bi al-Falsafah al-Yunaniyyah, (Kaherah: Dar
al-Tiba’ah al-Muhammadiyyah, 1959), m. 193.
No comments:
Post a Comment