Showing posts with label A Quest for Meaning. Show all posts
Showing posts with label A Quest for Meaning. Show all posts
Sunday, 31 December 2017
Monday, 21 August 2017
Moderat Dalam Agama
You said that you are a practising Sikh, but you drink alcohol.
Kata saya kepada Mr. S. Setelah meneliti laporannya yang panjang lebar, itu yang saya lontarkan. Beliau berhasrat untuk keluar Islam dengan alasan tidak pernah mengamalkan Islam dan sudah lama mengamalkan ajaran Sikh.
Saya menyambung lagi,
Even Guru Grant Sahib forbids the Sikhs from drinking alcohol. The Guru says:
"Drinking wine, his intelligence departs, and madness enters his mind; He cannot distinguish between his own and others, He is struck down by his Lord and Master" Lihat pautan.
Beliau terkesima dan tersipu-sipu malu. "Ujarnya, I'm a moderate Sikh. That's why I don't wear turban." Saya tersengih.
Sunday, 12 February 2017
Pengajian Kitab Al-Kharidah al-Bahiyyah 28122016
Malam semalam mengikuti kelas pengajian kitab al-Kharidah al-Bahiyyah tulisan Imam Ahmad al-Dardir bersama Shaykh Muhammad 'Awadh al-Manqoush di Darul Hasani, Sungai Ramal. Lebih 3 jam syarahan yang padat dengan perbahasan hadis Abu Musa al-Ash'ari, sejarah, prinsip dan perkembangan mazhab Asha'irah serta biografi ringkas Imam Ahmad al-Dardir. Shaykh ijazahkan sanadnya yang beliau peroleh daripada Shaykh Dr. Ali Jum'ah daripada gurunya Shaykh Sayyid Muhammad Siddiq al-Ghumari yang mempelajarinya dengan para ulama' hingga sampai kepada penulisnya.
Tuesday, 30 August 2016
Menyoal Intelektualisme Joint Action Group (JAG) dan Gender Equality Initiative (GEI)
Apa yang saya coretkan ini tidak bermaksud untuk menghukum apatah lagi menyerang. Cuma, tertarik untuk menimbulkan beberapa persoalan setelah mendapat tahu tentang Anugerah Aiyoh Wat Lah! anjuran Joint Action Group (JAG) dengan kerjasama Gender Equality Initiative (GEI).
Saya tidak menyoal untuk membela kenyataan Mufti Perak. Tidak juga menyoal untuk membawa pembaca jauh daripada topik utama jauh. Cuma timbul beberapa pertanyaan; wajarkah anugerah ‘Menghina Intelektual’ diberikan kepada Mufti Perak atas kenyatannya? Apa itu intelektual? Mengapa dikatakan beliau menghina intelektual? Apakah anugerah yang diwujudkan itu sendiri melambangkan intelektualiti?
Tuesday, 19 April 2016
Jangan Meremehkan Usaha Baik Walaupun Kecil
لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
Maksudnya: "Jangan kamu meremeh-remehkan sesuatu pun daripada perbuatan makruf, walaupun sekadar bertemu dengan saudara kamu dengan muka yang ceria". [Riwayat Muslim, no. 2626]
Al-Munawi dalam Fayd al-Qadir [1/121] menyatakan bahawa kalimah la tahqiranna membawa maksud la tastasghiranna (jangan memperkecilkan).
Saturday, 6 February 2016
Al-Bayt al-Nabawī: Catatan 060216
![]() |
| https://www.facebook.com/beeprographystudio |
Pagi tadi saya berpeluang mempengerusikan Kuliah Dhuha khas guru saya, SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di Masjid Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Bedong. Kuliah Dhuha ini bersempena dengan walimah sahabat saya, Sabhi Wajdi Mat Asri dan pasangan, Norshuhada A. Halim.
Berada dalam majlis ilmu bersama SS Tuan Guru, seakan-akan berada dalam kondisi yang dahaga lalu meneguk air yang amat dingin. Sejuknya terasa, menenangkan jiwa. Tajuk Kuliah Dhuha beliau adalah Keluarga Bahagia, Baytī Jannatī. Saya gabungkan isi penting Kuliah Dhuha dan khutbah nikah oleh beliau kerana isinya berkisar pada tema yang sama.
Sunday, 31 January 2016
Tawḥīd Yang Merdeka
Perang Candu atau Opium War tercetus tatkala timbul pertempuran sengit antara China dan British. Perang Candu I (1839-1842) adalah peperangan antara China menentang British atau Inggeris. Punca tercetusnya peperangan ini adalah kerana kemasukan candu secara haram oleh Inggeris ke China pada era Dinasti Qing yang begitu ketat mengawal kemasukan ubat-ubatan luar. Sedangkan, Perang Candu II (1856-1860) turut melibatkan satu lagi kuasa besar iaitu Perancis. Menurut beberapa catatan, kedua-dua perang ini tidak menjadikan China sebagai jajahan, akan tetapi lebih kepada kepentingan perdagangan Barat sekaligus melemahkan daya juang rakyat.
Pada awal abad ke-19, opium dibawa oleh para pedagang Inggeris ke China sebagai pengimbang eksport teh Cina ke British. Di bawah kekuasaan Dinasti Yongzgeng, candu menjadi barang dagangan yang cukup popular. Selain tujuan utamanya sebagai ubat, ia juga dihisap dengan paip khas serta diminum dengan arak. Maharaja Yongzheng sebenarnya mengharamkan jualan candu kecuali kepada yang mempunyai lesen bagi tujuan perubatan. Namun, sebahagian daripada rakyat China menyalahgunakannya untuk berfoya-foya.
Wednesday, 16 December 2015
14 Tabiat Pencinta Buku
Anda penggemar buku maka, inilah 'masalah' yang mungkin anda alami:
- Gesaan untuk beli buku baru sedangkan buku sedia ada masih banyak yang belum di baca.
- Ruang untuk meletak buku semakin tiada!
- Terasa nak membaca semua buku yang ada di perpustakaan walaupun hakikatnya mustahil.
- Suka cium bau buku lama (bibliosmia).
Friday, 4 December 2015
Bagaimana Membaca al-Qur'an
Bukan non Muslim sahaja yang terpengaruh dengan berita negatif berhubung Islam dan Muslim yang perlu mengatasi anggapan dan rasa berat sebelah tentang al-Quran dalam rangka untuk membacanya dengan minda yang terbuka. Sekiranya anda seorang Muslim, anda juga ada konteks setempat dan pengalaman formatif yang membentuk pemahaman anda terhadap al-Qur'an. Malahan, sesetengah yang lahir dalam keluarga dan komuniti Muslim mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk menerima mesej al-Qur'an denga sepenuh hati berbanding dengan pembaca baru, kerana mereka telah diajar untuk memahami ayat-ayat dalam bentuk yang sempit dan bersifat sektarian. Ini bukan untuk menyatakan bahawa ia adalah pengalaman kebanyakan Muslim. Pastinya, banyak ibu bapa, guru dan ilmuwan agama Muslim menyeru dan mengajar kepada cintakan al-Qur'an di mana ia melorongkan kepada pembacaan yang berterusan, berkesinambungan dan dinamik dalam kehidupan seseorang. Tetapi, ia tidak sedemikian pada setiap orang. - Ingrid Mattson's The Study Quran
Wednesday, 25 November 2015
Lelaki 'Ayat 1000 Dinar'
Bismillāhirraḥmānirraḥīm
Semalam saya di Stesen KTM Nilai. Datang seorang lelaki sekitar usia awal 50an. Pakaiannya agak selekeh, kotor dan tidak terurus. Beliau mengunjukkan kepada saya seikat sticker Ayat 1000 Dinar dan berkata-kata sesuatu kepada saya. Kurang jelas tetapi saya faham. Beliau mahu menjualnya dan mengharapkan saya membelinya.
Pada mulanya saya menolak. Sebelum saya melintas mesin pengimbas Touch n Go, tiba-tiba terlintas sebuah hadith di fikiran. Allahuakbar.
Sunday, 22 November 2015
Apa Yang Orang Kita Baca?
Bismillāhirraḥmānirraḥīm
Tadi pagi ke Year-End-Sale Bookfair (YES) anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) di MAEPS, Serdang. Agak hambar sambutan hari terakhir. Walaupun harga buku berkali-kali ganda murahnya, tetap tidak mampu menarik ramai pengunjung. Banyak faktor yang memungkinkan hal ini.
Bagi YES, mungkin juga soal lokasi yang jauh, parkir kereta dan masalah pengangkutan awam menjadi puncanya.
Saturday, 21 November 2015
Hal Yang Sama, Natijah Yang Berbeza
| Sambil mencicip Lipton Milk Tea Hazelnut |
Bismillāhirraḥmānirraḥīm
Seperti biasa, saya akan ke Nilai pada setiap hujung minggu (kalau tak pulang ke Jerteh) untuk berkhidmat dengan guru yang dikasihi, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Biasanya, beliau akan telefon atau mesej, "Salam, zif. Minggu ni datang Nilai tak?".
Disebabkan minat saya menulis, jadi khidmat yang saya berikan adalah fokus membantu beliau dalam penulisan buku, artikel dan lain-lain. Dari siang sampai malam. Sedar tak sedar, sudah 4 tahun lebih bersama beliau. Dengan beliau, saya peroleh ilmu dan adab; baik secara formal ataupun tidak. Sekali terselit rasa terharu apabila pernah sewaktu makan tengahari bersama beliau dan rakan-rakannnya, beliau memperkenalkan saya kepada mereka dan berkata, "Anak murid kesayangan ana ni!", sambil menunjukkan jarinya ke arah saya.
Friday, 20 November 2015
Muqaddimah
![]() |
| Kehidupan baru saya |
Bismillāhirraḥmānirraḥīm
Kembali menulis di blog setelah lama 'bercuti'. Rasanya, seakan mahu menutup Facebook dan fokus menulis di blog. Facebook sangat melekakan. Agak membuang masa. Adakalanya rasa berserabut. Membaca status dan komen keyboar warriors. Meneliti 'fatwa' mufti-mufti Google. Masing-masing tak nak kalah sambil tangan ligat menari di papan kekunci. Memfitnah sana sini. Netizen lebih 'menyeramkan' daripada citizen! Dunia maya yang kadangkala pelik, menakutkan, lucu dan menghairankan. Pernah saya tanya kepada seorang yang kelihatan 'ganjil' di dunia Facebook dan normal di dunia. Katanya,
"Entahlah. Saya kadang-kadang rasa macam bukan saya yang memiliki akaun Facebook tu!"
Termenung saya fikir kata-katanya.
Apapun, blog ini akan saya jadikan sebagai tempat perkongsian ilmu, pengalaman, cerita-cerita menarik sepanjang hidup saya. Saya namakan blog ini Ein Schüler (A Student / al-Ṭālib) kerana saya adalah seorang pelajar. Selamanya akan terus belajar!
Mahallah Zubair al-Awwam
Mahallah Zubair al-Awwam
International Islamic University Malaysia (IIUM)
12.58 AM
19 November 2015
_____________________________
p/s: Mungkin menarik untuk dibaca
19 November 2015
_____________________________
p/s: Mungkin menarik untuk dibaca
Subscribe to:
Posts (Atom)






