Showing posts with label Book Review. Show all posts
Showing posts with label Book Review. Show all posts

Wednesday, 21 September 2016

Abu al-Hasan al-Nadwi: Meluruskan Salahfaham Sufisme



Buku ini saya gemar bawa ke mana-mana kerana ianya ringan dan handy. Tidak saya selesaikan dalam masa yang singkat kerana mesej-mesej yang dibawa oleh al-Nadwi sangat mengasyikkan untuk dihadam dengan perlahan-lahan. Rabbaniyyah la Rahbaniyyah merupakan satu buku yang sangat wajar dijadikan rujukan pemula bagi memahami konflik asas dalam dunia kesufian; mengangkat Tuhan sebagai Tuhan atau menTuhankan manusia.

Buku setebal 151 mukasurat ini membawakan beberapa perkara besar bermula dengan polemik istilah "tasawwuf" yang menjadi pertelingkahan umat Islam pada masa itu yang menunjukkan betapa masyarakat hanya melihat kulit dan jauh sekali memahami isinya. Kerana itulah, al-Nadwi mencadangkan agar dinamakan sahaja dengan tazkiyah, ihsan atau fiqh al-batin kerana tujuannya yang terutama adalah memahami falsafah dan peranan penyucian hati dalam Islam.

Wednesday, 9 March 2016

Sufi Wanita Dalam Literatur Islam: Satu Tinjauan Ringkas

Mukasurat pertama manuskrip Dhikr niswah al-mut’abbidāt al-Ṣūfiyyāt.

Jika dalam bidang hadith, al-Muḥaddithāt karya Dr. Akram Nadwi adalah antara karya moden yang boleh dibanggakan dalam mengupas sumbangan wanita dalam ilmu hadith. Namun, bagaimana pula dengan bidang tasawwuf? Ada sejumlah tulisan dalam dunia moden yang baik berhubung sumbangan wanita dalam tasawwuf. Antaranya tulisan Dr. Javad Nurbaksh (Sufi Women), Muhammad Ahmad Darniqah (Aʿlām al-ʿābidāt al-zāhidāt) dan artikel tulisan Laury Silvers (Early Pious, Mystic Sufi Women). Selainnya, cuma mengulang-ulang kisah Rabi'ah al-'Adawiyyah.

Teks-teks klasik Islam seperti al-Taʿaruf li Madhhab Ahl al-Taṣawwuf (al-Kalabadhi), Qūt al-Qulūb (Abu Talib al-Makki), Kashf al-Mahjūb (al-Hujwiri), al-Risālah (al-Qushayri) dan al-Lumaʿ (al-Sarraj) nampaknya tidak begitu mengangkat nama-nama ahli Sufi wanita melainkan Rabi'ah al-'Adawiyyah dan beberapa figura lain yang tidak diperkenalkan (anonymous).

Sunday, 31 January 2016

Ulasan | KEMI (Cinta Kebebasan Yang Tersesat)


JUDUL: KEMI (Cinta Kebebasan Yang Tersesat)
PENGARANG: Dr. Adian Husaini
PENERBIT: Gema Insani
TAHUN: 2010
MUKASURAT: 316

Novel KEMI (Cinta Kebebasan Yang Tersesat) ditulis oleh seorang tokoh pemikir Islam yang tidak asing lagi di Indonesia, dan juga Malaysia. Beliau adalah Dr. Adian Husaini. Jarang sekali melihat tokoh akademik yang terbiasa dengan perbahasan yang berat menceburi bidang penulisan novel. Novel ini mengajak para pembaca mengajak para pembaca untuk ‘terjun’ ke dalam permasalahan akidah yang berlaku dalam kalangan umat Islam ketika ini.

Ulasan | Muqaddimah fi Uṣūl al-Tafsīr



JUDUL: Muqaddimah fi Uṣūl al-Tafsīr
PENGARANG: Shaykh al-Islām Ibn Taymiyyah
PENERBIT: Dār al-Waṭan, Riyāḍ
TAHUN: 1995
MUKASURAT: 159

Dalam menafsirkan Al-Qur’an, terdapat beberapa prinsip asas yang biasanya menjadi perhatian seorang mufassir. Di antaranya adalah kesesuaian dengan kaedah Bahasa Arab, penggabungan antara riwāyah dan  dirāyah, mendahulukan penafsiran dengan ayat-ayat al-Qur'an yang lain, menafsirkan dengan hadith, mendahulukan pandangan Sahabat, meneliti asbāb al-nuzūl, dan lain-lain.

Kitab Muqaddimah fi Uṣūl al-Tafsīr atau dikenali juga dengan nama Muqaddimah al-Tafsīr merupakan satu karya Shaykh al-Islām Ibn Taymiyyah dalam bidang ilmu tafsir yang banyak dijadikan rujukan oleh para ulama selepas beliau. Ada juga sebahagian ulama' yang melihat kitab ini sebagai salah satu kitab awal dalam bidang Usul Tafsir. Ianya agak nipis tetapi manfaatnya cukup tinggi sehingga ia dijadikan rujukan oleh al-Zarqānī dalam Manāhil al-ʿIrfān fī ʿUlūm al-Qur’ān dan al-Ṣuyūṭī dalam Al-Itqān fī ʿUlūm al-Qur’ān. Demikian menurut pentahqiq Dr. Adnan Zarzūr.

Sunday, 6 December 2015

Ulasan | Al-Ghazzaliyy: A Study in Islamic Epistemology


JUDUL: Al-Ghazzaliyy: A Study in Islamic Epistemology
PENGARANG: Mustafa Abu Sway
PENERBIT: Dewan Bahasa dan Pustaka
TAHUN: 1996
MUKASURAT: 175

Buku ini asalnya adalah tesis PhD Dr. Mustafa Abu Sway yang bertajuk The Genetic Development In Al-Ghazzaliyy’s Epistemology. Dr. Mustafa Abu Sway merupakan bekas Senior Research Fellow di ISTAC dan mantan Dekan Department of Philosophy, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, IIUM. Kini beliau merupakan  Profesor Falsafah dan Pengajian Islam di al-Quds University. Terdapat versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Naskhah yang berada di tangan saya adalah dalam Bahasa Inggeris.