Sunday 12 February 2017

Pengajian Kitab Al-Kharidah al-Bahiyyah 28122016


Malam semalam mengikuti kelas pengajian kitab al-Kharidah al-Bahiyyah tulisan Imam Ahmad al-Dardir bersama Shaykh Muhammad 'Awadh al-Manqoush di Darul Hasani, Sungai Ramal. Lebih 3 jam syarahan yang padat dengan perbahasan hadis Abu Musa al-Ash'ari, sejarah, prinsip dan perkembangan mazhab Asha'irah serta biografi ringkas Imam Ahmad al-Dardir. Shaykh ijazahkan sanadnya yang beliau peroleh daripada Shaykh Dr. Ali Jum'ah daripada gurunya Shaykh Sayyid Muhammad Siddiq al-Ghumari yang mempelajarinya dengan para ulama' hingga sampai kepada penulisnya.
Biodata Ringkas Imam Ahmad al-Dardir

Nama: Shaykh Ahmad ibn Ahmad ibn Abi Hamid al-’Adawi al- Maliki al-Khalwati al-Dardir
Nama Masyhur: Ahmad al-Dardir. Diberikan oleh bapanya kerana kemasyhuran seorang alim yang bernama Dardir ketika satu kabilah Arab datang ke perkampungan Bani Adi.
Tempat Lahir: Perkampungan Bani 'Adi
Tarikh Lahir: 1127 Hijri
Salasilah: Susur galur keturunannya daripada Saidina Umar al-Khattab
Karya: Antara karya beliau adalah

  • Sharh Mukhtasar al-Khalil
  • Aqrab al-Masalik
  • Sharh al-Saghir Mukthasar al-Khalil
  • Nadhm al-Kharida al-Saniyya ‘ala Aqidat al-Sunniya
  • Tuhfat al-Ikhwaan fi Adab ‘Ahl al ‘Irfan fi’ Tasawwuf


Abu Hawra'
BB Nilai

.


No comments:

Post a Comment