Sunday 31 December 2017

Menjawab Ateis | Isu Kewujudan Tuhan & Islam Yang Susah


I was raised as a Muslim. I grew up and started to learn everything. I was a daie (Islamic preacher). I became an agnostic when I was twelve and then became a Muslim back when I was 13 to 14 years old as I learned a lot from Dr. Zakir naik at that time. I started to believe in him and then I watched another video titled "An Atheist make Dr. Zakir Naik storm" and I started to question "Why does God needs proof for His existence?" I started to study Quran thoroughly for 5 years. They said you have to understand it properly so that you can't misunderstood it. I was like "Whattt? It must be easy to understand right?". As an atheist, I should be sentenced to death right now if this is a real Muslim country (with sharia laws fully implemented). Klik https://goo.gl/9BeUh6
 JAWAPAN

Ada dua poin utama yang akan saya ulas;

Pertama: "Why does God needs proof for His existence?"
Kedua: They said you have to understand it properly so that you can't misunderstood it. I was like "Whattt? It must be easy to understand right?". 


_________________________________


Pertama: "Why does God needs proof for His existence?"

Allah SWT mengurniakan akal kepada kita untuk berfikir dan menyedari tentang kewujudan-Nya. Firman Allah SWT:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? [Surah Fussilat: 53]
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan bahawa tanda-tanda kewujudan-Nya boleh dilihat pada dua bentuk; 
  • Eksternal 
  • Internal 
Maka, hujah tentang kewujudan Tuhan juga sebenarnya boleh diberikan daripada dua sudut ini iaitu apa yang ada di sekeliling kita dan diri kita sendiri. Untuk percaya kepada sesuatu, ia memerlukan kepada bukti dan hujah. Tidak logik jika kita mempercayai sesuatu tanpa adanya bukti. Ia sama seperti kita sendiri mempercayai dan menyedari bahawa kita sedang kenyang tetapi kita sendiri tidak ada bukti bahawa kita sudah selesai makan. Oleh itu, isu utama dalam persoalan di atas adalah kita sendiri yang memerlukan bukti akan kewujudan-Nya, bukan Dia yang memerlukan bukti akan kewujudan-Nya. 

Saya berikan satu analogi. Pada satu hari, Ali ditegur oleh seorang lelaki misteri yang berkata, 
Boleh saya beritahu kamu sesuatu? Apa sahaja yang berlaku pada masa silam kamu - semalam, setahun lepas, sehinggalah pada hari kamu dilahirkan - adalah tak wujud. Itu cuma ilusi dalam kepala kamu. Soalan saya, adakah kamu percaya bahawa masa silam itu wujud?
Ali tidak mempercayai kata-kata lelaki itu dan membalas,
Apa bukti yang kamu ada untuk menyatakan masa silam itu tidak wujud?
Dalam masa yang sama, Ahmad juga menerima soalan yang sama dan menghabiskan lebih 2 jam berdialog dengan lelaki berkenaan untuk membuktikan bahawa masa silamnya itu wujud. Respon manakah yang anda pilih? Respon Ali atau respon Ahmad? Hakikatnya, respon Ali lebih tepat. Ali - seperti kita juga - mempercayai bahawa masa silam adalah satu bentuk kebenaran yang muncul dalam diri sendiri (self-evident truth).  Oleh, itu orang yang mempertikaikannya perlu mendatangkan bukti yang sebaliknya.

Begitu juga jika seorang ateis mendatangkan kenyataan "Tuhan tidak wujud" atau persoalan "Mengapa Tuhan perlukan bukti akan kewujudannya?", soalannya lebih wajar perlu berbunyi, "Apakah bukti yang ada untuk menolak kewujudan-Nya?"

Ada beberapa perkara yang boleh dinamakan sebagai self-evident truths. Antaranya adalah
  • Keseragaman alam semulajadi.
  • Kewujudan alam semulajadi.
  • Peraturan sebab musabab.
  • Kebenaran masa silam.
  • Keabsahan pertimbangan atau pemikiran kita.
Semua di atas tidak memerlukan pembuktian kerana ianya sudah jelas kebenaran dan realitinya dalam diri kita sendiri. Selain itu, ada beberapa ciri-ciri self-evident truths yang disepakati:
  1. Universal
  2. Untaught
  3. Natural
  4. Intuitive

Di sinilah sebenarnya fitrah kita tidak dapat menafikan kewujudan Tuhan. Tuhan tidak memerlukan bukti akan kewujudan-Nya sendiri. Kita yang memerlukan bukti jika kita menafikan kewujudan-Nya. Pun begitu, adakah bukti kita sound dan valid, bukan valid semata-mata? Apakah kayuukurnya? 
_________________________________

Kedua: They said you have to understand it properly so that you can't misunderstood it. I was like "Whattt? It must be easy to understand right?". 

Penyoal berhujah menyatakan bahawa ada yang menasihatinya untuk memahami al-Qur'an dengan baik agar tidak tersalah faham. Beliau tidak dapat menerimanya kerana padanya, al-Qur'an sewajarnya mudah difahami.

Al-Qur'an itu sebagai satu panduan yang mudah difahami, ada asasnya. Firman Allah SWT
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Ayat yang sama diulang sebanyak empat kali dalam Surah al-Qamar. Boleh rujuk Al-Qamar: 17, 22, 32 dan 44.

Peribahasa Melayu ada menyatakan tentang "panjang tangan". Seorang yang berbangsa Melayu atau rakyat Malaysia yang semestinya fasih berbahasa Melayu, mungkin faham bahawa ia bermaksud perbuatan mencuri. Manakala mereka yang tidak memahami Bahasa Melayu, sudah pasti membayangkan tangan yang panjang. Ianya telah disalahfahami walaupun sebenarnya Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang termudah untuk dipelajari!

Sama juga dalam situasi al-Qur'an. Jika kunci memahami peribahasa "panjang tangan" adalah memahami Bahasa Melayu, maka kunci untuk memahami al-Qur'an dengan mudah adalah, melalui Bahasa Arab. Terjemahan adalah medium untuk membantu pemahaman.

Wallahua'lam.

Mohamad Razif bin Mohamad Fuad
31 Disember 2017
1.23 PM

No comments:

Post a Comment