Ramai tertanya-tanya, adakah benar pesan orang-orang tua Melayu berkenaan pantang-larang untuk anak dara, semasa mengandung, semasa pantang dan lain-lain? Sesetengahnya begitu mempercayai pantang larang berkenaan memberi kesan kepada anak yang dikandung atau diri sendiri.
Secara asasnya, pantang larang wujud dalam setiap bangsa di dunia. Ada yang bersifat logik, ada juga yang sebaliknya. Kaum Aghori Babas di Varanasi, India misalnya mengamalkan tradisi memakan mayat. Mereka percaya bahawa ketakutan yang sebenar bagi seseorang adalah ketakutan kepada kematian dan ianya menghalang kepada pencerahan spiritual. Maka, untuk mendapatkan pencerahan spiritual, mereka makan mayat.