Sunday 22 April 2018

[SH] Membeli Belah Di Pasaraya Yang Menjual Arak


RUANGAN SOAL JAWAB
SINAR HARIAN (SISIPAN SINAR ISLAM)
Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Fuad



Soalan: Apakah hukum membeli di pasaraya yang ada menjual arak?

Jawapan:

HUKUM: Harus dan dibenarkan syarak.

HURAIAN: Dibolehkan untuk kita membeli-belah di pasaraya yang ada menjual arak. Namun sekiranya ada pilihan lain yang lebih baik iaitu pasaraya yang tidak menjual arak, sewajarnya dielakkan untuk membeli di pasaraya yang menjual arak. Pembeli barangan tidak akan menanggung dosa pemilik kedai/pasaraya yang menjual arak. Firman Allah SWT: “Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.” (Surah Fatir: 18). 

No comments:

Post a Comment