Sunday 22 April 2018

[SH] Kasut Kulit Babi

RUANGAN SOAL JAWAB
SINAR HARIAN (SISIPAN SINAR ISLAM)
Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Fuad



Soalan: Bagaimanakah jika kasut yang saya pakai adalah daripada kulit babi? 


Jawapan:
Babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah). Ia merupakan najis ‘aini sama ada ketika hidup atau setelah ia mati. Ia merupakan pandangan jumhur ulama’ mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. (Lihat Fath al-Qadir, 1/ 82; Bada’ie al-Sana’ie,  1/ 63; Nihayat al-Muhtaj,  1/ 19; Kasyaf al-Qina’,  1/ 181)

Dalilnya adalah firman Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-An’am: 145)

Jika seseorang itu terpakai kasut daripada kulit babi, maka ada dua keadaan yang perlu diberi perhatian.
  • Sekiranya kaki pemakai dan kasut berkenaan basah atau salah satunya basah, maka wajib disamak bahagian kaki pemakai yang terkena kasut berkenaan dengan 7 kali basuhan; 6 kali basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air tanah.
  • Sekiranya kaki pemakai dan kasut berkenaan kering (tidak berpeluh/basah kerana air), maka tidak dituntut untuk disamak bahagian kaki pemakai. 



No comments:

Post a Comment