Perang Candu atau Opium War tercetus tatkala timbul pertempuran sengit antara China dan British. Perang Candu I (1839-1842) adalah peperangan antara China menentang British atau Inggeris. Punca tercetusnya peperangan ini adalah kerana kemasukan candu secara haram oleh Inggeris ke China pada era Dinasti Qing yang begitu ketat mengawal kemasukan ubat-ubatan luar. Sedangkan, Perang Candu II (1856-1860) turut melibatkan satu lagi kuasa besar iaitu Perancis. Menurut beberapa catatan, kedua-dua perang ini tidak menjadikan China sebagai jajahan, akan tetapi lebih kepada kepentingan perdagangan Barat sekaligus melemahkan daya juang rakyat.
Pada awal abad ke-19, opium dibawa oleh para pedagang Inggeris ke China sebagai pengimbang eksport teh Cina ke British. Di bawah kekuasaan Dinasti Yongzgeng, candu menjadi barang dagangan yang cukup popular. Selain tujuan utamanya sebagai ubat, ia juga dihisap dengan paip khas serta diminum dengan arak. Maharaja Yongzheng sebenarnya mengharamkan jualan candu kecuali kepada yang mempunyai lesen bagi tujuan perubatan. Namun, sebahagian daripada rakyat China menyalahgunakannya untuk berfoya-foya.