Monday 21 November 2016

Siti Kasim



  1. Siti Kasim (SK) membantah cadangan Mufti WP kepada Jabatan Pendaftaran Negara [Rujuk https://goo.gl/ubAc3d] yang turut disokong Mufti Pulau Pinang dan Mufti Perak bagi menambah tulisan Jawi selain tulisan Rumi sedia ada khususnya bagi nama umat Islam yang diambil daripada Bahasa Arab. Ini bertujuan bagi mengekalkan sebutan yang tepat untuk maksud yang sesuai. Jika bangsa lain pun menuntut hal yang sama bagi tulisan mereka, itu juga baik.
  2. Saya yakin, SK langsung tidak mahu dan tidak pernah ambil tahu berkenaan artikel asal yang ditulis oleh Mufti WP. Saya yakin, SK juga belum pernah tahu yang negara majoriti non Muslim Singapura sudah lama melakukan sedemikian kepada kad pengenalan warganegaranya. Ada tulisan Cina bagi bangsa Cina dan tulisan Jawi/Arab bagi mereka yang menggunakan nama pinjaman daripada Bahasa Arab. Saya lampirkan kad pengenalan rakan sekelas saya yang diambil tadi atas kebenaran beliau. 
  3. Umum mengetahui, beliau sentiasa ingin tampil berbeza dengan bertentangan dengan institusi kefatwaan dan keagamaan Malaysia. Mufti menekankan untuk kembali mengangkat kebudayaan Melayu yang utuh dengan tulisan Jawi, ditolak. Bila Mufti seakan nampak (bagi pandangan SK) tidak 'mesra' adat dan budaya Melayu, dileteri. Malah, kebiasaannya SK bersikap terlalu emosional dan berhujah atas 'fakta-fakta' yang falasi. Saya sentiasa ternanti-nanti jawapan balas beliau untuk [https://goo.gl/UsY0Gn] dan mungkin [https://goo.gl/fB3YJz]. Sampai sekarang belum ada.
  4. Saya tertarik dengan soalan beliau "Having names that look like Arabic is something Islamic?" Jelas di sini, beliau tidak baca kenyataan Mufti WP yang tidak pernah menyarankan supaya ibu bapa meletakkan hanya nama Arab kepada anak-anak. Selain itu, beliau mungkin tidak sedar yang nama beliau sendiri "Siti" itu asalnya singkatan daripada "Sayyidati" dalam Bahasa Arab. Kalimah "Sayyidati" merujuk kepada panggilan terhormat kepada wanita sebagaimana singkatan "Sidi" yang berasal daripada "Sayyidi" bagi lelaki. Apatah lagi "Kasim" yang juga berasal daripada Bahasa Arab (Qāsim) yang membawa maksud "orang yang memberi", "wajah yang tampan/baik". Jadi, tanyalah diri beliau sendiri dengan soalan yang sama! Mungkin beliau tidak faham nilai bagi nama dalam tradisi dan budaya Melayu atau beliau tidak kisah dipanggil apa sahaja.
  5. Dunia Barat sendiri sudah lama (mungkin lebih 100 tahun) menerima pakai sistem transliterasi Arab dan digunapakai secara meluas dalam dunia akademik bagi menulis perkataan-perkataan Arab dalam tulisan Roman. Selain itu, wujud juga sistem transliterasi bagi Bahasa Greek, Urdu, Parsi dll. Sekali lagi saya bersimpati dengan kadar pengetahuan am SK. Saya masih tidak faham mengapa beliau seakan membawa faham Anti-Arabism; tanpa menafikan tak semuanya Pak Arab tu betul dan bagus!
  6. Apa itu "Arab religion"? Saya kira, cukuplah beliau memalukan diri sendiri. Agama bangsa Arab selain Islam adalah pelbagai; Kristian, Yahudi, polytheism dan agama-agama Tamadun Iran seperti agama Proto-Indo-Iran, Zoroastrianisme, Zurvanisme, Mandeism, Manichaeisme dan Mazdakisme. Mana satu yang beliau maksudkan? Mungkin baik juga beliau mula ambil masa bertenang, bercuti, rehatkan minda dan mula membaca History of The Arabs oleh P.K. Hitti [https://goo.gl/YI8VJL]
  7. Mungkin tidak keterlaluan jika saya bertanya, "Having hair that looks like Westerners is something Malayness?" Tidak perlu tampil seakan bersikap Anti-Arabism jika identiti sendiri pun masih bercampur baur. Bigot. Apapun, saya kagum dengan usaha dan konsistensi beliau memberdaya masyarakat orang Asli :)


Sekian, terima kasih.

Mohamad Razif Mohamad Fuad.

No comments:

Post a Comment