Friday 19 February 2016

Mengapa Dunia Barat Cukup Teruja Mengkaji al-Shaʿrānī?




Dunia Barat begitu gemar mengkaji dan menggali karya-karya al-Shaʿrānī namun penyelidikan berkenaan tokoh ini setakat penelitian saya, agak kurang dalam dunia Arab berbanding Barat. Saya ada membaca tesis Ph.D. Univ. al-Azhar oleh Dr. Abdul Rahman 'Umayrah berkenaan al-Shaʿrānī. Semalam saya sempat meneliti sejumlah besar jurnal Fakulti Usuluddin, Univ. al-Azhar yang ada di UIA. Namun, tidak berjumpa kajian khusus berkenaan al-Shaʿrānī.

Ini antara artikel terbaru (12 tahun lepas) dalam dunia akademik berkenaan al-Shaʿrānī tulisan Leila Hudson dalam Journal of Islamic Studies, Oxford Centre for Islamic Studies. Kajian beliau berfokus untuk membuktikan bagaimana tulisan-tulisan al-Shaʿrānī memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan intelektual terutamanya dari segi politik dan sosial serta gerakan-gerakan pada separuh kedua kurun ke-19 di Dimashq.

Antara rujukan terbaik bibliografi karya-karya al-Shaʿrānī adalah dalam Bahasa Rusia iaitu kajian bertajuk Abd al-Vakhkhab ash-Sharani i ego Kniga Razispannykh Zhemchuzhin (susah nak sebut) tulisan seorang orientalis Rusia, A.E. Schmidt. Kalau tak salah saya, ini tesis Master beliau. Beliau memperoleh Sarjana Kesusasteraan Arab di St. Petersburg University. Fasih dalam bahasa French, English, German, Spanish, Itali, Belanda, Latin, Greek, Hebrew, Arab, Parsi, Turki dan bahasa-bahasa Uzbek.

Mengimpikan tesis Ph.D saya tentang pengaruh al-Shaʿrānī dalam perkembangan Islam di dunia Melayu.

B.A. - THE STUDY OF IMĀM ʿABD AL-WAHHĀB AL-SHAʿRĀNĪ’S VIEWPOINT ON MUTASHĀBIHĀT

M.A. - THE SYNTHESIS OF KALĀM AND SUFISM APPROACHES OF IMĀM ʿABD AL-WAHHĀB AL-SHAʿRĀNĪ ON THE ISSUES OF ILĀHIYYĀT: A CONTEMPORARY RELEVANCE

Ph.D - ???

p/s: Mengapa Barat cukup teruja mengkaji beliau? Michael Winter ada menulis jawapannya dalam tesis Ph.D. beliau. Saya nukilkan dalam entri akan datang.

No comments:

Post a Comment